Biarpun seorang isteri itu bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, seorang suami tetap wajib memberikan nafkah kepadanya. Memetik artikel dari laman web Aku Islamyang dirujuk melalui penulisan Ustaz Muhammad Fathi Yusof mengenai bab nafkah dalam buku fiqah perkahwinan.
Soalan:
Ustaz, saya dan isteri sudah sembilan tahun hidup bersama. Alhamdulillah, hidup kami bahagia. Isteri saya bekerja sejak berkahwin lagi. Kami mengagihkan tanggungan rumah tangga seperti ansuran rumah, ansuran kereta, belanja dapur, belanja sekolah anak-anak, belanja bil-bil dan lain-lain antara kami berdua. Manakala perbelanjaan keperluan diri seperti pakaian, bil telefon dan lain-lain ditanggung masing-masing. Pendapatan isteri saya setakat ini melebihi perbelanjaan-perbelanjaan ini dan dia masih mampu menyimpan setiap bulan pada jumlah yang agak banyak. Adakah saya masih wajib memberikan nafkah kepada isteri saya dalam keadaan ini?
Jawapan:
Suami wajib memberikan nafkah kepada isteri, iaitu untuk memberikan makanan dan pakaian yang mencukupi serta menyediakan tempat tinggal yang sesuai.
Kewajipan ini berasaskan beberapa dalil al-Quran dan sunnah.
Antaranya firman Allah:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. — Surah al-Nisa’ ayat 34
Kepentingan Berbelanja & Mengeluarkan Nafkah Untuk Ahli Keluarga
Membelanjakan harta untuk isteri dan ahli keluarga bukan sekadar satu kewajipan, bahkan merupakan amalan yang sangat disukai oleh Allah Taala. Para suami dan para isteri sewajarnya mengamalkan sikap pemurah dan mengutamakan perbelanjaan untuk keluarga mengatasi perbelanjaan lain.
Ibnu Mas’ud meriwayatkan Rasulullah bersabda:
Ads
Apabila seseorang Muslim memberikan nafkah kepada keluarganya kerana mencari pahala, maka hal itu menjadi sedekah baginya. — Riwayat al-Bukhari.
Suami wajib membayar nafkah memandangkan kedudukannya sebagai ketua keluarga yang punya tanggungjawab untuk memimpin rumah tangga – termasuklah dalam soal saraan dan perbelanjaan.
Kewajipan nafkah ini diseimbangkan dengan kewajipan isteri untuk taat dan setia kepada suami.
Ads
Selain itu, sebahagian daripada tugas yang dibawah amanah suami seperti mendidik anak-anak, menyediakan makan minum dan menjaga rumah dan harta, telah dilaksanakan oleh isteri.
Oleh yang demikian, wajarlah suami memberikan nafkah sebagai memenuhi semangat kasih sayang, rahmat dan keadilan dalam rumah tangga.
Walau bagaimana pun, nafkah suami kepada isteri menjadi wajib hanya apabila beberapa syarat telah dipenuhi iaitu:
• Suami tidak dihalang untuk mendekati, berseronok dan berjimak dengan isterinya, melainkan jika terdapat halangan yang telah ditetapkan oleh syarak
• Isteri tinggal di tempat tinggal yang ditetapkan oleh suaminya, kecuali jika tempat itu mendatangkan mudarat kepada diri, harta atau maruahnya
• Isteri taat kepada suami dan tidak nusyuz. Misalnya, jika isteri bekerja tanpa izin suami, maka suami tidak wajib membayar nafkah. Bahkan isteri akan kekal dalam keadaan berdosa selama mana keluar bekerja tanpa keredhaan suaminya.
Isteri, suri penyeri di rumah kita. Dia lah penceria dan rasa bahagia kalau di rumah. Jadi biarkanlah suri hati kita belajar menceriakan dirinya ketika penat melampau menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
Malah menurut perkongsian Dr Taufiq Razif, para isteri harus belajar untuk mencari kegembiraan dengan melakukan hobi sendiri.
Semua ini menjadikan tangki emosi isteri kita lebih bahagia dan ceria. Jadi biarkan sekali sekali isteri dengan hobinya.
“Tak rasa loser ke jaga anak supaya bini boleh tunaikan hobi?”
“Saya sebenarnya perhati je kebanyakan mak mak ni bila dia buat kerja yang sama je setiap hari dia mai datang rasa tepu.
Sebenarnya rasa tepu tu permulaan burnout lah tu cuma tak ramai mak mak ni dia sedar benda ni.
“Tiap hari lipat kain, siapkan sarapan, cuci pinggan, tidurkan anak, mop lantai, jaga anak, jaga suami dan benda yang sama je berulang ulang daripada awal kahwin sampai lah ke penghujung usia. Tak kata salah pun.
Cuma bila tak ada unsur ‘playful’ dalam hidup dia akhirnya dia akan terbentuk satu beban dalam diri dia. Mula mula kecil, makin hari makin besar. Makin hari makin berat.
Sebab tu saya selalu cakap pada mak mak ni “find your own hobby, find your own passion”
It’s okay to be a mother. Tapi awak kena tahu awak dulunya adalah kanak kanak riang yang penuh kebahagiaan. Melompat ke sana ke sini dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Di mana ‘si anak’ tu sekarang? Di mana?
Sekali lagi saya ulang “it’s okay to be a mother. Tapi jangan sampai awak hilang diri awak sendiri. Deal? “
Ikhtiar hamil, Janna Nick minum susu, usaha nak dapatkan zuriat. Baru-baru ini pelakon dan pengacara, Janna Nick berkongsi momen membuat kejutan hari jadi buat suaminya, Dini Schatzmann yang ke-30.
Ikhtiar Hamil, Janna Nick Minum Susu
Menerusi hantaran di laman Instagramnya itu, Janna dan Dini turut berkongsi hafalan surah Al-Mulk. Ketika giliran Dini, Janna membuat kejutan membawa kek hari jadi buat suaminya.
Janna turut berharap tahun hadapan mereka akan bertiga serta mendoakan agar suaminya diberikan kesihatan yang baik serta rezeki melimpah.
Usaha Nak Dapatkan Zuriat
Dalam perkongsian tersebut juga, ramai warga maya perasan Janna sedang membancuh susu yang diformula khas bagi membantu wanita memulihkan kesihatan dalaman sebagai ikhtiar untuk hamil.
Berikut antara komen-komen warga maya.
Komen-komen daripada warga maya juga turut mendapat reaksi daripada Janna. Pelakon, penyanyi dan pengacara itu memberitahu dia sedang berusaha untuk hamil. Ramai yang mendoakan agar Janna dikurniakan zuriat tidak lama lagi.
Kebahagiaan sesebuah pasangan tidak terletak kepada kemewahan semata-mata. Banyak caranya untuk kita merasa gembira dan bahagia bersama insan tersayang. Kadang-kadang perbuatan sekecil menyuap pasangan pun sudah cukup untuk kita kekal harmoni.
Dalam sesebuah rumah tangga, menerima pasangan dalam kekurangannya itu adalah yang paling besar sekali. Anggaplah ia sebagai satu kelebihan maka kita akan menjadi insan yang lebih bersyukur dan sentiasa menghargai antara satu sama lain.
Sebuah video yang tular di Tiktok, perkongsian dari alongpm berjaya meraih perhatian warganet. Si suami di dalam video adalah insan istimewa yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilihat menyuap isterinya. Si isteri pula malu-malu ketika disuap.
Uniknya, Mohd Khairuddin Che Rani menyuapkan makanan ke mulut isterinya dengan menggunakan kaki. Isterinya yang dikenali sebagai Wani kelihatan tersipu-sipu malu ketika Khairuddin menyuapnya makan.
Warganet memuji kebahagiaan pasangan ini serta keikhlasan Wani menerima suaminya. Keadaan fizikal Khairuddin tidak menghalang pasangan ini untuk saling mencintai dan bahagia dengan cara mereka sendiri.
Pasangan ini difahamkan baru sahaja mendirikan perkahwinan pada bulan Jun yang lepas di Pasir Mas, Kelantan. Khairuddin kini bekerja sebagai pelukis sepenuh masa di syarikat Mouth & Foot Painting Artist Sdn Bhd.
Diharapkan pasangan ini terus bahagia dan sentiasa dilimpahi rahmat. Pasangan ini membuktikan dalam keadaan apa sekalipun, seseorang itu boleh bahagia dengan caranya sendiri. Paling penting, jangan pernah lupa untuk mensyukuri setiap nikmat kurniaan Allah SWT.