“Morning Sickness Teruk, Kena Denggi” Hamil Anak Ketiga, Mia Ahmad Kongsi Journey Kehamilan Mencabar!

Share

Bukan satu perjalanan kehamilan yang biasa. Inilah yang diakui oleh pelakon, Mia Ahmad mengenai kehamilan anak ketiganya kali ini.

Menurut perkongsian Mia di Instagramnya, di awal trimester pertama, dia bukan hanya mengalami alahan yang teruk bahkan Mia, dia juga diuji dengan demam denggi.

Mia yang kini hamil hampir enam bulan mengakui ia bukan satu perjalanan yang mudah untuknya. Bukan hanya tidak lalu makan bahkan dia juga alah pada bau-bauan di sekelilingnya.

“Pregnancy journey kali ni tak mudah. 1st trimester hari tu memang not easy for me.

“Morning sickness teruk, tak lalu makan, tak boleh bau makanan, bau perfume, eh segala jenis bau lah. Di uji pula kena warded disebabkan denggi. Betul lah orang cakap every pregnancy tu journey dia tak sama,” kongsinya.

Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, di ketika dirinya diuji sebegitu hebat, dia mula menginsafi diri malah betapa besarnya pengorbanan setiap ibu ketika hamil.

“Ujian masalah kesihatan ni sebenarnya lebih besar dari ujian masalah yang lain sebab kita nak solat pun jadi susah nak khusyuk, nak ibadah apa pun jadi ikhlas dengan tidak.

“Waktu ni lah teringat ruginya waktu sihat dulu tak beribadah sebaiknya. Bila sakit asyik ingat Allah, nikmat sebenarnya tu tapi tulah saya ni insan yang lemah banyak rasa nak nangis je.

“Time ni jugalah teringat perngorbanan ibu kita. Mak-mak dulu beranak bukan satu dua ye macam manalah diorang hadap.. hebat betul!

“Ya Allah, terimalah segala amalan ibuku sekecil-kecilnya dan sebesar-besarnya,” kongsinya lagi.

Mia yang kini sudah pun berada di trimester kedua kini mengakui sudah pun semakin baik malah selera makannya kian bertambah baik.

“Doakan saya dipermudahkan urusan pregnancy kali ni ya.

“Sekarang dah stable, kerja nak makan jelah pula. Nak makan tapi kena sekat,” kongsi Mia lagi.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat pelakon berbakat ini turut sama menitipkan ucapan tahniah serta turut mendoakan kesejahteraannya sepanjang hamil.

Menarik: Wow Luar Kotak, Terbaik Parents, Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan Terapung Memang Kreatif!

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!.

Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM