Murah Hati Bekalkan Nasi Lebih Untuk Kawan Sekolah, Anak Kecil Ni Siap Bawa Bekal ‘Rare’, Padu!

Share

Jika kita memilih untuk membekalkan anak-anak kecil kita ke sekolah dengan menu nasi lemak, mi atau roti dengan lauk-lauk ringkas lain pula kisahnya seorang anak kecil di Indonesia yang membawa bekalan ‘rare’ ke sekolah.

Bukan biasa-biasa, anak kecil yang dikenali sebagai Adekta ini turut melengkapkan bekalan nasi dan ikan gorengnya dengan beberapa keping petai ke sekolah. Memang rare!

Menerusi perkongsian ibu saudaranya di Tik Tok yang dikenali sebagai Dita Kerang, @ditanganu, telatah anak kecil itu yang sedang menyenduk nasi ke dalam bekalannya ternyata mencuit hati ramai.

Mana tidaknya, dengan bermurah hati, Adekta turut membawa bekalan nasi yang banyak khusus untuk menjamu rakan-rakan untuk makan bersama-sama ketika waktu rehat.

Sebelum ke sekolah, Adekta turut mengambil beberapa keping petai dan memasukkan ke dalam begnya. Terbaik!

Dalam pada itu, gelagat anak kecil itu yang begitu petah bercakap di Tik Tok ibu saudaranya itu sering kali mendapat perhatian ramai.

Malah bekalan petai yang dibawanya juga turut mendapat pelbagai reaksi dari wargamaya di Tik Tok. Masing-masing kagum dengan anak kecil ini yang memilih ulam segar untuk di bawa ke sekolah.

Bukan itu sahaja, bahkan Adekta turut dipuji pandai berdikari untuk menyiapkan bekalannya sendiri malah punya sifat murah hati untuk berkongsi bekalan dengan kawan-kawan.

 

@ditanganuKENAPA HARUS BAWA ITU♬ suara asli – DitaKerang🌊

Menarik: Wow Luar Kotak, Terbaik Parents, Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan Terapung Memang Kreatif!

Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM