Nak Bersalin Dekat Hospital Swasta, Aisyah Hijanah Kongsi Trik, Lagi Jimat!

Share

Bersalin di hospital swasta atau kerajaan semuanya atas pilihan kita. Masing-masing punya citarasa dan servis terbaik. Jadi pilih sahaja mana yang kita inginkan asalkan bayi dan ibu sihat dan selamat.

Namun jika punya wang yang lebih, apa salahnya kita memilih untuk bersalin di hospital swasta. Bagi lebih menjimatkan, instafamous, Aisyah Hijanah yang baru sahaja selamat melahirkan anak keduanya baru-baru ini turut berkongsi tip untuk bersalin di hospital swasta.

Menurut perkongsian ibu kepada dua cahaya mata ini, ada trik yang lebih mudah dan sedikit menjimatkan untuk anda yang ingin mencuba. Jom ikuti perkongsiannya.

“TIPS BERSALIN HOSPITAL SWASTA. Okay, Aisyah rasa posting kali ni paling penting untuk korang yang nak bersalin swasta.

“Kedua-dua anak Aisyah bersalin dekat Andorra Hospital. Dulu waktu Khadeejah, Aisyah memang boleh kata 100% checkup dekat Andorra. And normally harga sekali checkup dlm RM200-400.

“So total bersalin + checkup semua untuk normal delivery dulu around RM10k-RM11k,” kongsinya.

Kongsi Aisyah lagi, bagi lebih menjimatkan buatlah pemeriksaan berkala atau check up setiap bulan sebanyak dua kali sahaja di hospital berkenaan. Dengan cara ini lebih menjimatkan kos.

Bagi lebih memudahkan kata Aisyah, dia hanya melakukan pemeriksaan ini di klinik swasta biasa sahaja. Lebih jimat.

Malah Aisyah turut mengesyorkan pemeriksaan di klinik kerajaan atau turut sama ke klinik swasta sepertinya.

“Second baby ni, Aisyah hanya pergi checkup dekat Andorra dua kali sahaja. Untuk bersalin dekat swasta, normally syarat diorang hanya 2 kali checkup. So Korang boleh save budget sikit la dekat situ & boleh simpan duit untuk berpantang & delivery.

“Other than that, Aisyah memang pergi klinik swasta biasa sahaja. Surprisingly, waiting time pun sekejap, service pun baik & harga pun jauh lebih affordable.

“Sekali checkup around RM60-RM100. So total untuk second baby punya delivery around RM8k including epidural & checkup.

“I’d suggest untuk siapa yang nak bersalin dekat swasta boleh buat trick ni, ataupun buka je buku dekat kerajaan, nanti nak due around 32 weeks above, dah boleh daftar checkup dekat hospital swasta yang kita nak bersalin.

“Kalau first baby ni macam nak 100% dengan dr yang sambut baby, okay je no problem, ikut kepada selera masing-masing okay,” kongsinya lagi.

 

Menarik: Wow Luar Kotak, Terbaik Parents, Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan Terapung Memang Kreatif!

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).

Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM