![Unnamed Design (6)](https://cdn.majalahpama.my/2022/12/jupDHVaS-Unnamed-Design-6-696x365.jpg)
Sekian lama menanti, akhirnya pasangan selebriti media sosial, Duriankimchi, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim dapat kembali pulang ke kampung halaman Maryam di Korea.
Menerusi Instagramnya, dan Maryam mahupun Ryzal turut berkongsi cerita balik kampung mereka yang dipenuhi dengan aktiviti bermain salji.
Ia pastinya satu perjalanan paling menarik buat anak pasangan ini, Nik You Rina yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Korea itu.
Setelah pulang ke negara ini ketika musim pandemik yang melanda dunia, inilah pertama kali keduanya dapat pulang ke Korea. Begitu juga dengan Rina yang baru berkesempatan balik kampung di usianya baru setahun dua bulan.
Apa yang menarik perhatian pastinya gelagat Rina yang baru berkesempatan bermain salji.
Jelas Rina yang baru ‘dapat kaki’ berjalan itu nampak cukup aktif dan riang bermain dengan salji dan berjalan-jalan bersama neneknya.
Apa lagi ketika di agah bapanya dengan salji. Nampak cukup gembira Rina bersama ibu dan ayahnya.
Menarik: Tak Perlu Letak Banyak, Doktor Kongsikan Jumlah Tepat Nak Letak Ubat Gigi Anak!
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat pasangan ini serta pengikut setia Rina turut teruja melihat aksi comel Rina bermain salji apa lagi aksi balik kampungnya yang hanya bermain salji di sebelah rumah. Memang comel.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Kredit: @duriankimchijunior
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penyakit ‘Gila Meroyan’ Jangan Ambil Mudah, Wanita Berisiko Alami Depresi Teruk
![](https://cdn.majalahpama.my/2023/09/Untitled-design-4.jpg)
Penyakit ‘gila meroyan’ jangan ambil mudah, wanita berisiko alami depresi teruk. Gila meroyan atau postpartum psychosis sering dikaitkan dengan kemurungan di kalangan ibu selepas bersalin.
Tubuh wanita mengalami banyak perubahan selepas bersalin, dan memerlukan masa untuk pulih. Semua wanita yang baru bersalin memerlukan penjagaan. Ini bertujuan untuk memastikan keadaan tubuh badan melalui proses ‘pemulihan’ bagi mengelakkan sebarang masalah kesihatan.
Melalui satu hantaran dilaman Facebook, Dr Afiq Rahim berkongsi fakta tentang penyakit gila meroyan. Beliau menjelaskan bahawa penyakit gila meroyan berlaku disebabkan perubahan hormon, masalah psikologi selepas bersalin dan pelbagai faktor lain yang mengundang stres dan gangguan emosi kepada wanita yang baru lepas bersalin.
![Penyakit ‘Gila Meroyan’ Jangan Ambil Mudah, Wanita Berisiko Alami Depresi Teruk](https://cdn.majalahpama.my/2023/09/306743614_623458062560348_8505302469657603603_n.jpg)
Selepas bersalin, para ibu kehilangan banyak tenaga dan berada dalam keadaan mental dan fizikal yang lemah. Keadaan ini boleh menyebabkan kemurungan sehingga pada satu tahap kritikal, si ibu berisiko mencederakan diri sendiri atau orang lain. Pengesanan awal amat penting bagi mengelakkan kejadian buruk ini.
Antara tanda-tanda penyakit gila meroyan:
– bercakap seorang diri
– berhalusinasi
– berfikir hal tidak rasional
– was-was
– keliru
– gagal menjalankan tanggungjawab
– tiada minat untuk melakukan apa-apa
– acap menangis
– sering mengadu
Antara komplikasi jika tidak segera dikawal adalah bertindak ganas selain berisiko mendapat penyakit sakit jiwa yang lain seperti depresi. Sokongan suami dan juga orang yang terdekat amat penting. Segera rujuk kepada pihak kesihatan jika berlaku perubahan tingkahlaku yang ketara pada si ibu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
![Penyakit ‘Gila Meroyan’ Jangan Ambil Mudah, Wanita Berisiko Alami Depresi Teruk](https://cdn.majalahpama.my/2023/09/pexels-kristina-paukshtite-3242264.jpg)
RAWATAN PENYAKIT GILA MEROYAN
-Sokongan moral, emosi dan fizikal amat diperlukan ibu selepas bersalin.
-Si ibu juga perlulah sentiasa berdamping dengan zikrullah, bacaan doa serta menambah ilmu agama di saat diri tidak boleh solat.
-Jangan jadikan berpantang alasan untuk lalai mengingati ALLAH, kelak syaitan yang akan mengggangu nanti.
-Cara lain adalah melalui kaunseling dan ubat-ubatan jika masalah serius.
Kemurungan selepas bersalin boleh dielakkan. Jika anda melihat ada tanda-tanda tersebut pada seorang ibu selepas bersalin, maklumkan segera kepada pihak kesihatan. Bagi pihak suami pula, berikanlah sokongan kerana isteri memerlukan pertolongan berterusan anda dalam menguruskan rumah tangga.
Menurut pakar psikiatri Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria, ada tiga ‘fenomena’ psikiatri yang boleh berlaku terhadap wanita yang baru melahirkan anak (post-partum period).
Post-partum blues
Simptom: mudah menangis, emosi berubah-ubah
Biasa terjadi pada hari ke tiga hingga ke lima 3-5 selepas bersalin, bersifat sementara. Di alami oleh 50 hingga 80 peratus wanita. Dikaitkan dengan perubahan hormon secara mendadak selepas kelahiran bayi. Tidak berbahaya, Cuma ibu memerlukan sokongan yang baik pada fasa ini. Sekiranya tidak mendapat sokongan yang baik, berkemungkinan berlarutan menjadi kemurungan.
Post-partum depression (kemurungan)
Simptom: Sedih berpanjangan, mudah terasa, mudah marah, gangguan tidur, hilang selera, hilang focus, rasa tidak sempurna dan bukan ibu yang baik, lintasan fikiran mahu membahayakan bayi.
Biasa berlaku dalam empat minggu pertama kelahiran, kemuncak pada bulan ke tiga hingga bulan ke enam kelahiran. Ada kajian yang menunjukkan 10 peratus ibu mengalaminya. Berkait rapat dengan sejarah gangguan mental dan kecelaruan persekitaran (penceraian, masalah kewangan dan sebagainya).
Perlu rawatan segera, kerana kesan penyakit ini boleh mengakibatkan gangguan ‘bonding’ antara ibu dan anak, risiko penyakit mental terhadap bayi, gangguan hubungan suami isteri, risiko bunuh diri dan kecederaan pada bayi.
Post-partum psychosis
Simptom: kecelaruan fikiran, gelisah, emosi tidak menentu, mengalami halusinasi (mendengar suara yang tidak wujud) dan boleh bersikap agresif.
1 dalam 1000 wanita mengalaminya. Penghidap berisiko menghadapi masalah psikiatri pada masa akan datang, contohnya bipolar disorder. Memerlukan rawatan segera.
SEBAB-SEBAB LAIN:
Ada juga gangguan fikiran dan emosi berlaku akibat penyakit fizikal. Fenomena ini dipanggil ‘delirium’. Antara penyakit yang biasa terjadi ialah seperti jangkitan kuman dalam darah, kekurangan darah, darah beku dan komplikasi bersalin yang lain.
![Penyakit ‘Gila Meroyan’ Jangan Ambil Mudah, Wanita Berisiko Alami Depresi Teruk](https://cdn.majalahpama.my/2023/09/pexels-rdne-stock-project-6849309.jpg)
APA BOLEH ANDA LAKUKAN?
1. Sebarang perubahan terhadap ibu yang bersalin perlu diberi perhatian serius, dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera.
2. Fasa selepas bersalin adalah kritikal kepada seorang ibu dan bayi. Pastikan keduanya mendapat perlindungan dari segi fizikal dan emosi.
3. Sokongan, bantuan dan perhatian benar-benar bermakna bagi mereka. Bantu dalam apa jua bentuk.
4. Ibu yang berisiko perlu diberi perhatian lebih.
5. Pastikan ibu ada rehat yang mencukupi, ada ruang sendiri, ada masa memanjakan diri dan ruang untuk pulih.
6. Walaupun tidak boleh menjalankan ibadah tertentu sewaktu berpantang, ibadah umum lain seperti berzikir, berdoa, beristighfar dan mendengar ayat al Quran masih boleh dilakukan dan digalakkan.
7. Bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin, tahu batas anda. Minta bantuan jika rasa tidak berupaya lagi melaluinya seorang diri.
Banyak kekeliruan dan masalah akan selesai bila kita meninggalkan kejahilan dengan belajar, bertanya dan berkongsi. Moga bermanfaat.
Sumber: Dr Rozanizam Zakari Dr Afiq Rahim
Kredit foto (top image): Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
60 Kanak-Kanak Gayakan Profesion Pilihan Di Himpunan Cita-Cita SSPN X Pa&Ma
![](https://cdn.majalahpama.my/2019/11/cita-guna-06_09_924651.jpg)
Bersempena dengan Pa&Ma Kids Fiesta 2019 yang lalu, sebuah perhimpunan kanak-kanak telah diadakan pada 2 November 2019 yang lalu. Himpunan Cita-Cita SSPN X Pa&Ma ini telah diadakan di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Seramai 60 orang kanak-kanak yang berumur dari 4-12 tahun telah menyertai perhimpunan ini.
Seawal jam 12 tengah hari, sudah kelihatan kanak-kanak yang datang bersama penjaga dengan kostum pelbagai jenis mewakili cita-cita mereka. Selain memperagakan pelbagai jenis kostum pekerjaan yang dipilih, setiap peserta diminta untuk membuat persembahan selama tiga minit untuk menceritakan mengapa mereka memilih kerjaya itu sebagai cita-cita.
Turut hadir Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN, Mastura Mohd Khalid, Editor Pengurusan Pa&Ma, Wan Erni Liza Md Izatzi dan Editor Pa&Ma, Hasnita Sawal serta juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama, Dazrin Kamarudin merupakan hos yang telah dijemput khas untuk acara ini.
Setiap persembahan para peserta diadili oleh Encik Abdul Ghaffar Bin Yusop, Pengurus Besar Kanan PTPTN, Mohamad Shahir Rahim , Editor Majalah Pengantin, Siti Suria Hassan, Editor Majalah Hijabista dan Hasnita Sawal Editor Pa&Ma selaku ketua juri. SSPN juga telah memilih dua peserta untuk menerima Anugerah Wow! SSPN untuk menerima akaun simpanan bernilai RM100.
Pemenang-pemenang Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma 2019 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Juara Himpunan Cita-cita SSPN X Pa&Ma adalah Abu Dzharr Al-Fiqrin Fathizia Rafiq, tempat kedua pula disandang oleh grup SIX-KIDS SRIIPUJ manakala tempat ketiga dimenangi oleh Tengku Zulfy Shah Tengku Shahriman. Dua pemenang saguhati pula adalah Qaisarah Jannah Abdul Nazar dan grup Sang Saka Naga Biru. Penerima Anugerah Wow! SSPN pula adalah Sumayyah Arysha Suhairy dan Muhammad Naim Abdul Rashid.
Tempat Pertama akan membawa pulang wang tunai RM300, 4 Tiket Legoland bernilai RM1000, hamper bernilai RM50 dan tabung Istimewa dari SSPN. Manakala tempat kedua pula yang akan membawa pulang wang tunai RM200, 4 Tiket Gambang bernilai RM300, hamper bernilai RM50 dan tabung istimewa dari SSPN. Pemenang Tempat Ketiga pula akan menerima wang tunai RM100, 4 Tiket Farm In the City bernilai RM200, hamper bernilai RM50 dan tabung istimewa dari SSPN.
Manakala 2 pemenang saguhati telah membawa pulang 4 Tiket MBO , hamper bernilai RM20 dan Tabung Istimewa dari SSPN. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari pembaca Pa&Ma.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dekat Dah, Bila-Bila Masa Saja” Neelofa Pasang Niat Bersalin Normal!
![](https://cdn.majalahpama.my/2022/01/9sOd7y8O-Untitled-design-34.jpg)
“Bila-bila masa sahaja”. Begitu kongsi selebriti dan usahawan popular, Neelofa yang kini menunggu detik melahirkan bayi sulungnya pada bila-bila masa sahaja.
Neelofa yang kini menunggu hari mengakui agak gementar untuk melalui detik itu namun mengharapkan doa-doa semua agar proses kelahiran bayi sulungnya itu dipermudahkan Allah SWT.
Malah kata bekas pengacara Meletop ini lagi, dia sudah semestinya akan berkongsi detik bahagia itu dengan semua.
” Satu pengalaman yang berbeza. Insyallah untuk kelahiran nanti saya akan kongsi dengan semua, dalam masa terdekat. Orang kata menghitung hari. Dekat dah dan bila-bila masa saja,” kongsinya.
Kata anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini lagi, dia mengakui agak gementar kerana ia merupakan pengalaman pertama bagi dirinya.
Persiapan juga telah siap dilakukan, hanya menunggu permata hati hadir dalam hidup pasangan ini.
“Saya tak nafikan nak melalui proses ini memang rasa gementar. Dari segi persiapan pun saya kena belajar banyak perkara. Banyak baca buku, bertanya pada orang. Barangan baby pun alhamdulillah dah siap.
Mahu bersalin normal
Sama seperti ibu-ibu lain, Neelofa juga mengharapkan kelahiran bayi sulungnya itu nanti dipermudahkan malah turut berharap diberikan rezeki untuk bersalin secara normal.
“Insyallah kalau diberikan rezeki memang nak bersalin normal.
“Terima kasih yang mendoakan kelahiran saya. Minta doakan semoga segalanya dipermudakan,”kongsinya lagi.
Menarik: Baby Happy Dapat Makanan Sedap, Emoji Neelofa Tarik Perhatian Wargamaya, Ramai Teka Baby Boy
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI