Emosi kita memang tidak selalunya stabil. Lebih-lebih lagi bila dilanda kepenatan selepas seharian bekerja.
Bila terlalu penat, anak-anak kecil yang mula buat perangai menjadi mangsa. Elakkan hal semacam ini.
Menurut Parenting Coach, Mohd Fhais Salim, belajarnya untuk menguruskan emosi sebaiknya supaya anak tidak terkesan.
Apa mak ayah perlu buat? Ini yang dikongsikan oleh beliau.
1 – Abaikan hal remeh
Kadang mainan bersepah, makanan tertumpah atau anak tak reti duduk diam tu abaikan je la. Anak dah relax dah tidur baru kemas. Tak ada la nak berpuluh kali kemas benda yang sama. Buat kerja berulang tu la punca cepat emo.
2 – Time out
Ada masa memang tengah marah, stress atau serabut sangat. Time tu juga la anak trigger emosi kita. Amik time out. Jauhkan diri dari anak atau tempat kejadian, take as many time yang di perlukan untuk tenangkan diri.
3 – Non verbal respon
Mulut ni tajam. Time marah mulut jadi makin tajam. Dan sebab mulut juga marah kita boleh jadi makin kejam. Jadi alternatifnya pelihara mulut & marahlah guna non verbal respon.
4 – Guna bahasa tubuh
Contoh non verbal respon adalah dengan bahasa tubuh seperti jeling mata, cekak pinggang, kerut dahi, jungkil biji mata atau berdehem sedikit. Anak lebih mudah faham bahasa tubuh dari bahasa melayu sebenarnya.
5 – Kenal pasti trigger
Ada orang emosi dia trigger bila anak ganggu ketika dia sibuk. Ada orang mudah trigger bila dah cakap berulang kali tapi anak tak nak ikut. Ada orang trigger bila kepenatan. Kenalpasti trigger anda.
6 – Break the patern
Dah tahu apa trigger anda sekarang usaha untuk break the patern. Kita tak boleh kawal anak dari ganggu kita sebab itu memang kerja dia sebagai anak. Yang boleh kawal adalah emosi sendiri dari tertrigger lagi.
7 – Terima sepenuh hati
Antara punca senang marah ialah kita asyik denied pada kelemahan diri, kelemahan anak anak dan kelemahan pasangan kita. Terima dahulu kelemahan ini sepenuh hati. Baru senang hati.
8 – Upgrade ilmu
Bila dah boleh terima sepenuhnya kelemahan diri baru la kita akan komited untuk upgrade diri jadi lebih baik lagi. Syarat nak upgrade diri ialah kena ubah habit & tambah ilmu.
9 – Alert
Sentiasa alert dengan mental & emotion state diri sendiri. Jika penat rehat, jika stress tenangkan diri. Kita tak boleh nak kawal diri jika sistem imun kita sendiri lemah.
10 – Semak doa
Kita ni hamba je sebenarnya, tak berdaya apa pun. Jika dah usaha macam macam, ikhtiar macam macam tapi masih tak berjaya juga kawal emosi cuba semak doa kita. Kita ada tak minta bantuan Allah swt.
Emosi sumber kekuatan dan kelemahan diri kita sendiri. Bagaimana kita urus dan kawal emosi kita menentukan bagaimana kita respon terhadap semua perkara yang anak buat.
Ibu ayah yang bijak kawal emosi akan melahirkan anak yang matang dalam perhubungan kelak.
Wallahu a’lam..
Menarik: Wow Luar Kotak, Terbaik Parents, Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan Terapung Memang Kreatif!
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI