Tahukah anda, ciuman itu penting buat seorang anak namun wajib mak ayah tahu dimana cara yang betul nak cium dan sentuhan kepada anak-anak.
Apa yang jelas, setiap sentuhan itu akan menimbulkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak. Jika diperhatian setiap kali nak menghantar anak-anak ke tadika, perkara wajib mak ayah lakukan ialah memberi ciuman pada anak-anak.
Namun,mak ayah perlu tahu adab memberi ciuman kepada anak-anak terutama bila memberi ciuman pada mulut anak. Kurang manis memberi ciuman pada mulut bagi anak-anak pra sekolah yang berusia lima dan enam tahu.
Ibu bapa perlu diharap ambil perhatian dengan apa yang dikongsikan oleh Pendidik Ilmu Keibubapaan Dr Taufiq Razif Taufiq Razif
Kadang-kadang anak kita jadi liar dan nakal sebab dia kurang sentuhan dan ciuman mak ayah sebenarnya.
Perasan tak kalau anak kita jatuh sampai benjol kepala, kita automatik rasa nak peluk cium anak kita dan gosok-gosok tempat benjol tu dan serta merta anak kita pun jadi makin tenang dan berkurang sakitnya. Perasan tak?
Tu la keajaiban sentuhan dan ciuman! Tapi nak cium anak pun kena ada ilmu baru la makin berkesan untuk anak kita. Ada 4 tempat ciuman dan 6 tempat gosokan (sentuhan) yang kita kena hafal.
CIUMAN
- Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAN. Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
- Ciuman di dahi adalah tanda REDHA. Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.
- Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU. Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi. Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau si comel kita tu.
- Cium kat tangan adalah bila kita rasa KASIH sangat kat anak kita. Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita. Ramai budak-budak bukan cium tangan tapi sujud kat tangan orang tua. Salah tu! Bersalam kena guna bibir atau hidung. Bukan dahi. Kalau pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman. Katanya dia tu tanda sembah, bukan tanda hormat.
SENTUHAN/GOSOK
Untuk tempat gosok tu sama je dengan 4 tempat ciuman tadi cuma tambah extra 2 tempat lagi.
- Gosok di belakang leher ye kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.
- Gosok di dada pulak sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah surah pendek macam Al Fatihah atau Ayat Kursi.
PANTANG LARANG!
Jangan sesekali cium anak kat bahagian bibir. Memang nampak kiut tapi bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal kita je. Area bibir adalah area yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.
Dikhuatiri boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya dah agak meningkat ke umur 5 – 6 tahun nanti. Kalau dah terlanjur amal cium mulut nak buat camne? Hentikan sekarang!
p/s : Tolong ajar pasangan kita ilmu ni ye. Saya Taufiq Razif halalkan ilmu ni disebarluaskan.
Follow Taufiq Razif dan set See First ye supaya tak tertinggal update ilmu parenting yang lebih penting
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI