Jarang-jarang berkongsi kisah dua anaknya, menerusi laman Instagram milik pendakwah bebas, PU Riz memuat naik sekeping gambar peribadi memperlihatkan gambar kedua-dua anak lelakinya di dalam dompet kepunyaannya.
Malah menerusi hantaran itu juga, suami kepada usahawan Neelofa ini juga turut berkongsi rasa bahagianya membesarkan dua anak lelakinya bersama isteri.
“Dah masuk 2024 masih lagi simpan gambar dalam dompet? Pepatah ada menyebut “old is gold” antara interpertasi yang boleh diambil adalah cara lama adalah cara yang unggul,” tulisnya.
Dalam pada itu, bapa penyayang ini juga turut berkongsi rasa bahagianya memiliki zuriat sendiri berbanding ketika zaman remajanya yang sedikit takut untuk menempuh alam perkahwinan.
“Kita kalau kusut atau dukacita menyelubungi, sudah tentulah tatapan pada ayat suci cinta Allah yang dicari Dahulu. Setelah itu, kalau perasan banyak yang Allah suruh jaga kebiasaannya benar benar memberi kesan pada diri kita Manusia. Contohnya jaga keluarga.
“Dulu pernah viral mengenai kaedah child-free marriage (kahwin tanpa ingin anak), tapi kalau difikirkan betul betul, bahagia sebenarnya ada anak.
“Sewaktu belasan tahun dulu , kita tengok kakak kita atau kawan-kawan yang melangsungkan ikatan perkahwinan, sedikit takut bila dah ada anak.
“Tetapi sebenarnya hati kecil kita akan kata tenang benar melihat wajah ini dan satu sudut perasaan yang dahulunya takut bertukar menjadi indah serta merta.
“Akhir ungkapan, satu sisi kebahagiaan yang mungkin pada usia 30an 40an disangka malap pasti terang benderang kembali. Kalau anak kita yang 3/4 tahun suruh kita jadi kuda terus duduk jadi kuda la kita.
“Buatlah sesuatu yang boleh meningkatkan sifat kedewasaan kita untuk Allah. Pasti diri ini akan lebih menyelami apa yang tidak kita rasai suatu ketika dahulu,” katanya.
Menarik: Suprise Birthday Menjadi, Che Ta Tunaikan Impian Aaisyah “Nak 10 Hadiah”
Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna, OT Kongsikan Tipnya!
Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Bersalin Januari Depan, “Se
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI