Anak-anak merupakan amanah Allah. Kita perlu mendidik dengan sebaiknya semenjak kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapa.

Dalam mendidik anak ketegasan adalah perlu demi memastikan anak yang sedang dibentuk tidak menjadi degil, keras kepala atau selalu hendak menang sahaja. Jadi bagaimana kita boleh menjadi ibu bapa yang tegas tanpa menggunakan kekerasan yang melampau.

Pukul anak juga perlu dilakukan jika anak terlalu nakal atau tidak menghormati agama dan ibubapanya. Dalam islam ada diajarkan bagaimana cara mahu memukul anak jika terpaksa.

Pukul Anak Sebab Marah Bukan Penyelesaiannya. Ini Yang Perlu Diambil Kira Dulu

IKLAN

Kenapa perlu pukul anak

Di dalam Islam, memukul adalah tindakan paling akhir sekali sekiranya segala nasihat, tunjuk ajar serta ancaman tidak memberikan apa-apa kesan terhadap anak. Sebelum dijatuhkan hukuman, perkara-perkara berikut perlu diambil kira:

1.Kaji apa kesalahan anak dan cubalah berlembut dahulu.

IKLAN
  1. Tengok dulu bagaimana tabiat anak yang membawa kepada kesalahan tersebut. Ada anak hanya jegilkan mata sudah mengetahui salahnya, ada anak yang lain kena membebel baru faham. Jadi kenalpasti apa tabiat anak dan berikan hukuman setakat yang dia mampu terima.
  2. Mengenakan hukuman dan denda adalah jalan yang paling akhir sekali. Jadi, sebelum peringkat denda dan menghukum, anak-anak mesti melalui proses pemahaman dahulu. Mereka perlu ada contoh tauladan yang baik di rumah dan sentiasa mendapat tunjuk ajar daripada ibu bapa.

Jadi, sudah jelas di sini bahawa, di dalam Islam, ibu bapa dibenarkan untuk mendenda atau memukul anak tetapi mempunyai syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas tadi.

Pukul Anak Sebab Marah Bukan Penyelesaiannya. Ini Yang Perlu Diambil Kira Dulu

IKLAN

Cara memukul anak menurut islam

  1. Jangan memukul anak dari lutut keatas. Jangan sesekali menampar wajah anak. Pukul anak mengunakan rotan sebaik- baiknya di bahagian betis anak.
  2. Jangan menggunakan tangan atau anggota tubuh kita untuk memukul anak. Jangan menampar, mencubit atau menerajang anak dengan kaki. Ini menjadikan anak bertambah nakal dan tidak boleh dikawal lagi.
  3. Gunakan rotan dan pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
  4. Gantung rotan di dinding rumah atau mana- mana tempat yang anak boleh nampak untuk dia tahu apa yang boleh dibuat dan apa yang jangan dibuat , nanti ibu marah.
  5. Jangan memukul dalam keadaan yang sangat marah, ini kerana syaitan akan menghasut supaya teruskan memukul anak dan tanpa kita sedar yang kita telah mengerjakan anak itu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.
  6. Jangan sesekali memukul dengan dengan benda keras sehingga meninggalkan bekas kerana bekas itu anak akan ingat sampai bila- bila dan menjadikan anak sebagai seorang pendendam dewasa kelak.

Semoga kita semua dapat mendidik anak dengan penuh rasa kasih sayang. Jangan biarkan anak takut kepada kita kerana rotan atau sifat kita yang suka memukul, biarlah anak memandang wajah kita dengan penuh rasa cinta.

Janganlah kita mengenakan hukuman dan denda sesuka hati dan pastikan anak mendapat pentarbiyyahan sewajarnya kerana itulah selayaknya bagi mereka.

Sumber: ibudoakan.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI