Raikan hari istimewa anak-anak dengan menyediakan kek yang simple tapi sangat sedap iaitu Red Velvet Cheese Brownies! Bagi yang nak mencuba boleh ikuti resipi yang dikongsi ibu ini.
Dah berapa kali buat memang sedap gila 😁. Jadi saya share lah resepinya disini 😊.
Sempena birthday boy Daiyan, mummy merajinkan diri menaip 😄. Semoga anak-anak mummy semua membesar sihat, jadi anak soleh/solehah & berjaya dunia akhirat. Aaminn
RED VELVET CHEESE BROWNIES
Bahan brownies:
📍 120g dark Choc Compound (beryls)
📍 170g salted butter
📍 350g gula castor
📍 4 biji telur A
📍 1 sk cuka makan
📍 2 sb pewarna merah (bright red)
📍 1 sk esen vanila
📍 190g tepung gandum
📍 1 1/2 sk baking powder
Cara Penyediaan:
📌 Cairkan choc & butter (double boil)
📌 Ayak tepung gandum & baking powder
📌 Campurkan gula, telur, esen vanila, pewarna merah, cuka. Kacau sebati & masukkan coklat yang dah dicairkan tadi. Kacau sebati.
📌 Masukkan tepung sikit demi sedikit. Kacau sebati. Asingkan 1sb untuk melorek atas brownies.
📌 Guna loyang 9×9 inci. Alas baking paper melebihi paras loyang supaya mudah untuk keluarkan lepas brownies masak.
📌 Tuang adunan brownies & bancuh adunan cheese.
Bahan cheese (doublekan untuk buat cupcake):
📍250g cream cheese
📍50g gula castor
📍2@3 sb air perahan lemon
📍1 biji telur A
Cara Penyediaan:
📌 Campur cheese, gula, air perahan lemon. Putar sehingga lembut & tidak berketul.
📌 Masukkan telur putar sebati.
📌 Tuang atas adunan brownies sikit-sikit menggunakan senduk/sudu.
📌 Akhir sekali adunan brownies 1sb yang diasingkan tadi lorek menggunakan lidi/chopstick.
📌 Bakar rak tengah suhu 160@170 selama 40-45min. (Kenali oven sendiri)
PS: Untuk ukuran cupcake saiz S. 1 sb adunan brownies 1/2 sb adunan cheese. Bakar 20-30minit.
Kredit: Norazieanti Ghazali
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI