Resipi Ayam Bakar Guna Air Fryer, Jamu Anak-anak Makan Mesti Habis Licin
Resipi ayam bakar antara menu yang mudah disediakan. Bahan-bahan yang digunakan pun tidak banyak selain cepat dimasak. Dengan hanya menggunakan menggunakan air fryer, mama boleh menyiapkan ayam bakar dalam tempoh yang singkat.
Selain menu yang sihat kerana tidak perlu menggunakan minyak, menu ayam bakar menjadi menu pembuka selera bukan sahaja untuk si kecil malah menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga.
Masa yang diperlukan pun tidak lama untuk menyediakan ayam bakar ini. Sambil-sambil tunggu ayam masak, mama boleh buat kerja-kerja lain. Cukup masa, ayam bakar siap dimasak!
Mari kita cuba resipi Ayam Bakar Air Fryer seperti yang dikongsikan oleh Munira Ali ini.
RESIPI AYAM BAKAR AIR FRYER
BAHAN-BAHAN:
Ads
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
4 ulas bawang putih
Halia
1 sudu rempah kari
3 sudu madu
2 sudu minyak masak
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar kicap
1/2 sudu makan secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Perap ayam dengan halia, serbuk lada hitam dan bawang putih yang telah ditumbuk hancur.
2. Masukkan secukup rasa. Selepas itu masukkan bahan-bahan lain.
Ads
3. Perap. Lagi lama lagi sedap. Boleh kelar-kelar sedikit ayam supaya bahan mudah meresap dan sebati dengan ayam.
4. Bakar ayam dengan suhu 180’C selama 20 minit. Balikkan dan bakar selama 15 minit lagi. Terbalikkan sekali lagi dan bakar semula selama 5 minit. Ini bergantung pada saiz ayam.
Ads
5. Air yang di bawah penapis air fryer bolehlah siram atas ayam bila ayam sudah masak. Lagi nampak ‘juice.’
Sumber kredit: Munira Ali via Resepi Air Fryer (Malaysia)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hampir sebulan tidak menikmati aiskrim Baskin Robbin pastinya buat hati terasa rindu. Terbayang-bayang keenakkan dan rasa aiskrimnya yang super premium, padat dan enak. Apa lagi rasa lemak-lemak manis yang unik dan cukup menyelerakan.
Tak perlu menahan diri sebaliknya cuba buat aiskrim persis Baskin Robbin ini sendiri di rumah. Paling menarik bahan yang digunakan dalam pembuatan aiskrim ini hanyalah tiga bahan sahaja. Resipi perkongsian Pn Ameera ini serius sedap malah rasanya hampir sama. Tak percaya? Apa kata anda cuba!
Sebut sahaja nama Mua Bellaz, pastinya ramai mengenali wanita yang berbakat dalam dunia persolekan ini. Namun tak ramai yang mengenali sisi Mua Bellaz sebagai seorang ibu.
Bermula dari seorang ibu dan suri rumah yang ‘mencuri-curi’ masa berkarya mencari duit sampingan akhirnya menjadikan dia sebagai salah seorang selebriti media sosial terkenal.
Dalam fikiranya cumalah nak yang terbaik untuk anak-anak dan itulah pengalaman yang dikongsi oleh Mua Bellaz sebagai penerima Anugerah PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL.
Pemilik nama Nabilah binti Zulyadaini mempunyai 3 cahaya mata, Airis 8 tahun, Aidil 4 tahun dan Ean Yusuf 1 tahun. Bercerita tentang kehidupanya yang berjaya, Bellaz akui perwatakan yang baik dan jujur memberi inspirasi kepada pengikut-pengikut di sosial media.
“Kalau kita nak buat sesuatu, biarlah memberi inspirasi kepada orang lain. Orang ni dia suka akan kehidupan seseorang, jadi kita kena tunjuk benda-benda yang positif dan yang baik-baik supaya boleh jadi ikutan ramai. Saya tak suka benda negatif”
Dari sisi seorang ibu pula, Mua Bellaz megakui dia seorang yang garang walaupun ramai mengenalinya sebagai seorang yang ceria.
“Saya seorang yang garang, cuma garang saya dibibir sahaja..di mulut sahaja. Contoh kalau anak saya mandi, tuala tu dia main campak-campak so saya memang jadi gorilla lah! Saya memang garang tapi ada masanya lembut”
“Bila bekerja pula, kena pandai bahagi masa. Sebab itulah orang kata masa itu emas. Bellaz sangat teliti dengan masa. Cuma kadang-kadang sebagai ibu pun Bellaz ada rasa penat. Kadang-kadang anak tu tengah malam nak tukar lampin lah, nak susu dan sebagainya jadi memang penat lah”
Bercerita tentang kehidupan susah yang pernah dilalui, Bellaz menjadikan iainya penguat semangat untuk terus berusaha demi kesenangan anak-anak.
“Sebagai ibu bapa kita nak lah yang terbaik untuk anak-anak kita. Kita nak dia pelajaran yang terbaik. Semua yang baik-baik belaka. Dari situlah Bellaz fikir sesuatu untuk cari side income sendiri. Jadi Bellaz belajar makeup-makeup melalui youtube sebab tak mampu masuk kelas. Tapi jangan berenti berusaha, sabar ada rezekinya.”
“Dari segi didik anak pula, Bellaz memang ajar erti susah kena ada dalam kehidupan anak-anak Bellaz. Contoh dari segi permainan, Bellaz memang tak ajar untuk beli mainan mahal. Tak ajar dalam kemewahan, bersederhana sahaja. Apa yang Bellaz masak, makan je yang tu jangan memilih. Tak adalah selalu makan KFC. Bagi depa tahu susah, bukan tidur dalam aircond 24jam. Sederhana sahaja. Tapi tak adalah sampai merumitkan hidup mereka cuma tak nak terlalu mewah.”
Bagi yang terlepas menonton siaran langsung Penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms diinspirasikan bersama Cetaphil di bawah ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Salah satu menu yang menjadi kegemaran ramai ketika raya adalah Sambal Goreng Jawa. Dimakan dengan nasi impit mahupun ketupat, memang terangkat! Biarpun penyediaannya agak renyah kerana perlu dihiris dan kemudian digoreng terlebih dahulu, tetapi cara untuk memasaknya sangat mudah.
Menu ni kalau ada di pagi raya, memang berebut makan. Ada dua versi, sama ada yang sedikit pedas mahupun yang menggunakan kicap untuk rasa manis. Melalui grup masakan Masak Apa Hari Ni? (MAHN), Niq Ain ada kongsikan resipinya.
Sambal Goreng Jawa 🔥🔥🔥🔥🔥🔥 Nak beli serba salah, mkn tak ingat dunia 😝😝😝 buat aje lah sendiri..
Resepi mudah saya;
Bahan untuk digoreng:
Tempe hiris nipis
Tauhu hiris nipis
Ubi kentang hiris nipis
Hati dan pedal ayam hiris kecil
Kacang panjang(goreng sekejap sahaja-untuk mengekalkan warna hijau nya)
Suhun (direndam)
Fucuk (direndam)
Cili kering
Potong kecil dan ketepikan
Bahan kisar:
Bawang merah Bombay
Bawang putih
Halia sedikit
Cili kering
Ikan bilis
Cara memasak:
1. Tumis bahan kisar sehingga kering.
2. Masukkan garam gula lada sulah.
3. Masukkan semua bahan diatas goreng.
4. Renjis sedikit kicap manis
5. Masukkan air sedikit jika nak sedikit basah, kalau nak kering tak perlu tambah air.
6. Gaul kesemua bahan dan siap.
Hasil Sambal Goreng Jawa yang dah siap;
Mudah nak buat dan sesuai dinikmati bukan saja dengan nasi impit tetapi lontong juga. Memang mengenyangkan kerana ada banyak bahan di dalam sambal ini. Yang bagusnya, anak-anak pun boleh makan sebab tidaklah terlalu pedas. Selamat mencuba!