Apa menu anak nak bawa bekal ke sekolah? Dah bosan dengan roti dan nasi, apa kata kita sediakan mi goreng budak sekolah ini pula untuk anak-anak.
Tanpa sayuran tetapi penuhnya dengan protin untuk anak-anak ke sekolah. Barulah anak makin berselera. Jom ikuti resipi perkongsian Umi Watie yang berkilat dan basah ini. Sedap!
Selamat pagi, hari ni dah bermula rutin mak-mak menguruskan anak sekolah. Jadi nak cepat dan mudah kak chik buat Mee goreng Budak Sekolah untuk sarapan.
Memang suka sangatlah anak-anak kalau tengok menu pagi ni. Apa taknya tanpa sayur tanpa togey. Tak tahulah apa ditakutnya dengan sayur tu. Korang pun sama je kan? Jom mamam.
Bahan-bahan:
Mi kuning
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
Sedikit daging, ayam -potong kecil
2 sdb sos tiram
5 sdb sos cili
¼ cawan kicap
1/4 cawan air
3 biji telur
Makanan terbaik adalah makanan yang dimasak sendiri dan disediakan sendiri oleh ibu untuk anak. Ini kerana penyediaannya lebih terjamin bersih. Tetapi, masalahnya, asyik ulang benda yang sama sahaja setiap hari tentu anak pun dah jemu.
Menu yang paling susah nak difikir adalah menu untuk bekal anak ke sekolah. Jadi pasti ramai yang tengah mencari idea untuk sediakan bekal anak ke sekolah. Apakata kali ini sediakan anak dengan ayam goreng berempah di makan bersama nasi putih ataupun nasi goreng. Selamat mencuba!
Ayam Goreng Berempah
1 ekor ayam (potong 16 – kalau nak kecil lagi kerat la kecil2)
3 inci Halia
3 labu bawang putih
8 batang serai
3 sb jintan manis
3 sb ketumbar
2 sb tepung jagung
Telur sebiji
Garam secukup rasa
Serbuk cili ikut pedas mana nak + sedikit serbuk kari ayam
Daun kari secukupnya
Gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir
Cara-cara penyediaan;
Blend semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur. Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.
Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.
Ok dah siap angkat dan toskan. Baki bahan perapnya saya goreng rangup dan tabur bersama2 ayam yang dihidangkan. Makan dengan nasi panas pun sedap
kredit: zulfazalovescooking
Sekali sekala bawa anak pergi camping, dedahkan mereka dengan dunia kehijauan pun menarik juga kan? Bukan je boleh jadikan mereka aktif, macam-macam skill juga mereka boleh pelajari!
Saksikan topik “Camping” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 9 Ogos, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara #AstroRia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bosan berdepan dengan menu pantang yang sama saban hari, ada baiknya cari kepelbagaian dalam menu harian. Mencuba resipi pantang daripada halia dan ikan bilis ini patut anda cuba.
Paling penting resipi ni bukan sahaja sedap bahkan banyak khasiatnya. Paling menarik boleh buang angin yang banyak dalam badan sepanjang berpantang. Rasa panas halia pasti buat badan lebih sihat.
Jadi jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Aliyaa Malek Full ini di facebooknya.
Resipi Lauk Pantang
Ada yang tengah berpantang tak? Saya nak share resepi paling senang! Makan dengan nasi panas, ikan bakar, lauk ni, dengan sayur sawi + lobak putih je dah cukup. Orang yang tak berpantang pun laju makan.
Bahan-bahan digoreng:
1) Bawang kecil hiris nipis.
2) Bawang putih hiris nipis.
3) Ikan bilis.
4) Halia hiris nipis. (kalau suka, saya tak letak sebab kacau rasa)
Bahan perasa:
1. Lada hitam disangan & ditumbuk halus.
2. Garam halus.
3. Gaulkan kesemuanya. Siap.
Kalau baru sangat lepas bersalin, elakkan dulu lada hitam. Takut anak panas atau kuning (katanya). Tapi kalau nak jugak, letak sikit je dulu.
Lepas semua dah ok, boleh la makan lada hitam macam biasa. Halia pun sama*.
Lauk ni jadi lauk favourite satu family walaupun takde orang dalam pantang. Bagus untuk buang angin dan panaskan badan. Memang membuka selera.
Selamat mencuba!
Kredit Resepi : Aliyaa malek full
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biskut raya untuk bayi sebenarnya tak susah pun nak buat. Bahan-bahan yang diguna pun sangat ‘simple’. Bayi anda dapat beraya dengan kudapan tanpa garam, gula dan bahan perasa serta pewarna tiruan. Lebih selamat untuk bayi!
Jom ikuti resepi yang dikongsi ibu ini. Selamat mencuba!
Done biskut raya untuk Aydina petang ni.. Buat tak banyak. Sebab plan nak buat makanan lain lagi untuk stock di hari raya nanti😊 mommy sertakan resepi dibawah kalau ada yang nak mencuba.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.