Apa menu anak nak bawa bekal ke sekolah? Dah bosan dengan roti dan nasi, apa kata kita sediakan mi goreng budak sekolah ini pula untuk anak-anak.
Tanpa sayuran tetapi penuhnya dengan protin untuk anak-anak ke sekolah. Barulah anak makin berselera. Jom ikuti resipi perkongsian Umi Watie yang berkilat dan basah ini. Sedap!
Selamat pagi, hari ni dah bermula rutin mak-mak menguruskan anak sekolah. Jadi nak cepat dan mudah kak chik buat Mee goreng Budak Sekolah untuk sarapan.
Memang suka sangatlah anak-anak kalau tengok menu pagi ni. Apa taknya tanpa sayur tanpa togey. Tak tahulah apa ditakutnya dengan sayur tu. Korang pun sama je kan? Jom mamam.
Bahan-bahan:
Mi kuning
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
Sedikit daging, ayam -potong kecil
2 sdb sos tiram
5 sdb sos cili
¼ cawan kicap
1/4 cawan air
3 biji telur
Mula-mula kak chik gorengkan telur hancur. Masak dan angkat letak tepi.
Dalam kuali yang sama, kak chik tumiskan 2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 5 tangkai cili kering. Tumis sampai garing tau.
Kalau suka pedas boleh tambah lagi cili tu. Ini kan untuk budak sekolah, mana boleh pedas sangat.
Bila bahan kisar kita dah garing, masukkan lauk yang ada. Kak chik bubuh daging dan ayam je. Kalau nak bubuh sotong ke udang ke pun boleh.
Bila ayam dan daging dah masak masukkan 2 sdb sos tiram 5 sdb sos cili dan ¼ cawan kicap manis pilihan hati awak. Kacau-kacaukan biar dia mesra.
Masukkan air ½ cawan biar kan merenih kejap.
Masukkan sebungkus Mee kuning. Kak chik guna Mee kuning jenama numee berat 450 g tau. Sedap elok dah dengan bahan kisar tadi tu.
Bila mee kita dah elok sebati dengan semua bahan masukkan telur goreng hancur yang dah kita ketepikan tadi.
Tadaaa dah siap. Yang nak bawa bekal boleh lah kita bungkuskan.
Menarik: Wow Luar Kotak, Terbaik Parents, Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan Terapung Memang Kreatif!
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!.
Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!