Sebut sahaja sambal bilis, terbayang sepinggan nasi panas dengan sambal bilis sedap yang buat nasi bertambah-tambah. Apa kata tambahkan kesedapan dengan sambal bilis yang satu ini.
Tak perlu dikisar sampai halus sambalnya, sebaliknya sambal goreng berlado yang dikongsikan oleh Siti Nornaim Keng ini hanya dikisar kasar sahaja. Lagi tambah sedap dan rasa.
Nak cuba? Jom ikuti perkongsian resipi beliau.
Sambal belado bilis kentang terung kentang
Bahan-bahan:
Ikan bilis
Kentang (potong dadu)
Terung (potong memanjang)
Tempe (semua bahan goreng tak payah buh kunyit)
Bahan kisar kasar:
Bawang putih
Bawang merah
Cili api merah
Cili besar
Belacan
Bawang holand (hiris besar)
Garam
Gula
Tumis bahan blender sampai garing.
Kemudian masuk garam, gula dan bawang Holland.
Last sekali, masukkan bahan yang di goreng tadi.
Makan macam ni pun sedap dengan nasi panas-panas.
Selamat mencuba!
Menarik: Wow Luar Kotak, Terbaik Parents, Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan Terapung Memang Kreatif!
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!.
Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!