Berang dengan tuduhan netizen dirinya tidak berpantang dengan sempurna selepas bersalin anak kedua, aktres jelita Emma Maembong meluat dengan tohmahan tidak berasas tersebut.
Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail berkata, kalau boleh dia enggan ambil pusing dengan telahan khalayak namun nampaknya, kini semua semakin menjadi-jadi hingga menimbulkan fitnah.
“Saya tak faham kenapa isu saya berpantang ini ‘beriya’ sangat (diperkatakan). Sesiapa yang nasihat saya secara baik, saya okeylah saya fikir mungkin mereka sayang dan ambil berat.
Tegas Emma, keadaan kesihatannya berada dalam keadaan baik-baik belaka dan tidak seperti dakwaan sebilangan orang yang menyatakan dirinya menangis, tumpah darah dan sebagainya.
Ads
“Alhamdulillah, saya sihat tiada pun sampai yang kata saya menangis, ke tumpah darah – semua (tuduhan) itu fake (palsu). Saya berpantang, jangan risau.
“Saya berpantang dengan confinement lady. Saya dah buat dah semua benda seperti bertungku, tangas, urut, sauna dan pakai bengkung ,” katanya menerusi satu video di Instagram.
Jelasnya lagi, setiap wanita melalui proses berpantang yang berbeza-beza bergantung kepada kondisi para ibu ketika dan selepas melahirkan anak.
Ads
Namun, dia tetap menjaga pemakanannya yang sihat ketika berpantang bagi memastikan kesihatan dalamannya turut berada dalam posisi terbaik.
“Saya dah biasa kerja. Masa saya mengandung pun saya kerja dan aktif. Bila saya aktif saya cepat sihat dan cepat sembuh sebab pemakanan pun kita kena jaga.
Ads
“Cuma saya taklah sertai marathon (pertandingan larian). Takkanlah sebab orang lain tak boleh nak bangun dan bergerak, dia nak samakan dengan saya. Tak payah beriya-iya samakan cara orang berpantang,” tegasnya penuh sinikal.
Terdahulu, isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila dikatakan tidak berpantang sepenuhnya selepas melahirkan anak kedua, Shakila Ryan Shah pada 10 Mei lalu.
Dia dilihat selamba duduk bersila dan mendukung anak lelakinya, Shariq Gabriel, 3, semasa berlangsungnya sebuah majlis aqiqah yang diadakan hanya beberapa hari selepas selamat bersalin secara normal.
Hari ini masuk hari ke-11, selebriti media sosial, Nabilah Zulyadaini atau lebih dikenali sebagai Mua Bellaz melahirkan cahaya mata keempatnya.
Menurut perkongsianya di laman Instagram semalam, dia berkongsi wajah terkini puteri keduanya. Dalam hantaran tersebut, itu merupakan pertama kali dia dapat berkongsi wajah baby Nur Aisywara Nealofa sambil membuka mata.
“Masyallah 🤍 segala puji bagi ALLAH”
“Haa tudia harini genab 10 hari ,mama baru dapat snap gambaq dia buka mata hahahah adehh Aisywara Nealofaa uii..tidakk reja lena jaa..”
“Harini dia pandai mai check kuning dia ,dia buka mata luas,seronok abah bawak kluaq rumah ka 🤣 ka mama hang yang syok ronda-ronda”
Dalam perkongsian itu juga, Mua Bellaz bersyukur kerana demam kuning baby Aisywara semakin menurun dan luka pembedahan Czer-nya semakin pulih.
“Alhamdulilahh kuning Nealofa dah Turun syukur ..luka czer mama pon takat lani dah beransur pulih dah sikit Alhamdulilahh”
Kecantikan baby Aisywara Neelofa yang memukau menarik perhatian ramai termasuk selebriti tanah air, Noor Neelofa Mohd Noor serta warga maya.
Cantik dan langsing, persis anak dara. Inilah yang boleh dikatakan mengenai pelakon cantik manis ini, Bella Astillah.
Sekeping gambar yang dimuat Bella di Instagramnya beberapa hari lalu menerima pujian ramai.
Mana tidaknya, walau tampil begitu ringkas dan kemeja T dan skirt berona coklat jingga, penampilan ibu kepada dua anak ini memang memukau.
Dengan ukuran saiz pinggang idaman semua, Bella dilihat berjaya mengekalkan berat badannya walau sudah punya anak dua.
“I didn’t change, I just found myself,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Dalam pada itu, isteri kesayangan Aliff Aziz yang kini tampil sebagai tunjang utama menerusi drama lakonannya, Aku Tanpa Cintamu mempamerkan lakonan berkesan malah watak Nuha yang dibawanya begitu menyentuh hati ramai.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata ramai yang memuji Bella begitu cantik dan langsing. Tidak ketinggalan juga yang meminta ibu cantik manis ini berkongsi tip penjagaan badan yang diamalkan Bella.
Terdahulu, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Ayden Adrean dan Ara Adreana.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Ramai yang tidak tahu tentang penyakit PCOS. Apa itu PCOS? PCOS adalah sindrom ovari polisistik atau polycystic ovarian syndrome. Kebanyakan wanita yang menghidapi PCOS boleh juga ada masalah obesiti dan kesan kepada tahap kesuburan.
Secara klinikalnya. Diagnosis PCOS diberi apabila seorang wanita ada 2 daripada 3 kriteria ini:
1. haid tidak teratur/jarang atau tiada haid.
2. tinggi hormon androgen / hyperandrogenism : fizikal ada bulu badan/muka > biasa, tinggi hormon testosterone.
3. imbasan ultrasound = ovari polisistik 20% wanita yang normal boleh ada PCOS. Bezakan antara sindrom ovari polisistik dan ovari polisistik. Bukan semua yang ada ovari polisistik ada sindrom PCOS ini.
Apa komplikasi PCOS? Jangka masa panjang, kita boleh lihat komplikasi seperti :
1. diabetes : 10-20% boleh dapat diabetis, risiko lebih tinggi jika obese dan ada sejarah keluarga diabetis.
2. tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh diabetis dan obese.
3. penyakit jantung koronari kerana menhidapi diabetis dan darah tinggi.
4. kanser yang disebabkan oleh penebalan lapisan endometrium , membawa kepada hyperplasia, berisiko jadi kanser rahim.
5. kemurungan yang berpunca dari kegemukan dan kurang keyakinan diri.
6. kesuburan. Wanita yang obese akan mengalami tahap kesuburan yang rendah. Lebih tinggi tahap obesiti, lebih rendah tahap kesuburan.
Wanita-wanita perlu sentiasa melakukan saringan kesihatan setiap tahun untuk mengetahui risiko atau jika sudah ada tanda-tanda penyakit. Rawatan untuk PCOS ini diberikan mengikut simptom wanita itu dan apa kehendaknya pada masa rawatan kerana ia melibatkan haid, kesuburan dan masalah kesihatan juga.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.