Nama Ardell Aryana dengan misi kemanusiaan memang cukup sinonim. Pelakon kecil molek isteri kepada Nadzmi Adhwa ini sering menghulurkan bantuan dan menyertai misi-misi kemanusiaan sama ada di dalam negara mahupun luar negara.
Memandangkan situasi covid-19 di Sabah yang semakin teruk dengan kes-kes terbaru yang banyak serta kes kematian baru yang mencatat angka yang membimbangkan, Ardell Aryana menyertai misi bantuan ke negeri Di Bawah Bayu itu bagi menghantar bantuan kemanusiaan.
Pergi Sabah Hantar Bantuan
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh suaminya, Nadzmi Adhwa di Instagram miliknya. Memuat naik video pendek merakam momen sayu Ardell mengucapkan selamat tinggal kepada anak dan suami sebelum berangkat ke Sabah.
Menerusi hantaran tersebut, Nadzmi memohon doa dari semua agar mendoakan isterinya sepanjang perjalanan dan juga kesejahteraan isteri tercinta sepanjang keberadaan di Sabah.
Ads
“Salam semua nak minta kalian semua doakan isteri saya selamat pergi dan selamat pulang
“Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu di Sabah. Bantulah mereka sepenuh daya mu.
Doa saya sentiasa mengiringimu. Semoga Allah redha dengan niat perjuanganmu. Saya sayang awak. Abi tahan airmata tadi,” tulisnya.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga turut mengirimkan doa agar Ardell berada dalam keadaan selamat sepanjang menjalankan misi bantuan.
Semoga segala usaha baik Ardell ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Didoakan juga semoga Ardell dan kumpulan misi bantuan ini sentiasa berada dalam Lindungan Yang Maha Esa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada waktunya, hal-hal yang tidak kita jangkakan terjadi tanpa kita duga. Diuji dengan pintu terkunci tanpa kita sedar memang buat kita ‘down’ seketika. Apa nak buat?
Idea bernas pasangan suami isteri ini yang meminta pertolongan anak kecil mereka yang ‘diseludup’ masuk melalui tingkap memang menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, dengan bantuan si kecil yang dimasukkan melalui tingkap kaca, anak kecil itu kemudiannya berjaya membuka pintu dari dalam. Memang tindakan bijak!
Perkongsian satu video di aplikasi Tik Tok, @kak.yah95 yang dikenali sebagai Kak Yah menarik perhatian ramai.
“Terkunci pintu dalam rumah, tak boleh masuk. Alhamdulillah anak tolong buka kan pintu 😊♥️,” tulisnya di kapsyen.
Anak kecil itu pada mulanya dimasukkan dengan penuh berhati-hati oleh kedua ibu bapanya menerusi tingkap kaca.
Walaupun kelihatan seperti bingung, tetapi akhirnya anak kecil itu berjaya menuruti arahan tersebut selepas dipujuk dengan penuh manja oleh ibunya.
Sejurus selepas pintu rumah berjaya dibuka, hero penyelamat semua itu sempat menyukir senyuman manis sebelum dikucup ibunya. Memang anak bijak!
Dalam pada itu, aksi comel anak bijak itu turut dipuji ramai kerana menjadi hero penyelamat.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Siapa sangka, tidak lama selepas berbuka puasa terjadi kebakaran di rumah keluarga ini sehingga mengorbankan empat orang kanak-kanak. Sedihnya kerana kesemua mereka masih kecil, tambahan pula kejadian berlaku dalam bulan Ramadan dan tak lama lagi kita akan menyambut ketibaan Syawal.
Memetik laporan berita Harian Metro, empat adik-beradik maut selepas kediaman mereka di Lorong Haji Muhammad, Kampung Sabak Awor, Muar, di sini, terbakar malam ini.
Dalam kejadian jam 7.49 malam itu, mangsa masing-masing dua lelaki dan dua perempuan berusia antara tiga hingga lapan tahun ditemui sudah meninggal dunia.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar berkata, kebakaran membabitkan rumah jenis separuh kekal.
“Kebakaran memusnahkan 80 peratus daripada keseluruhan rumah itu.
“Sebaik api padam sepenuhnya pihak bomba membuat pencarian mangsa.
“Empat mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan empat tahun serta dua kanak-kanak lelaki berusia tiga dan lapan tahun ditemukan dalam bilik air rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi, malam ini.
Menurutnya, seramai 20 anggota dari BBP Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
“Pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan mengesahkan semua mangsa sudah meninggal dunia.
“Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Operasi tamat pada 9.52 malam.
Perkembangan terbaharu dari Harian Metro, ibu kepada empat mangsa itu keluar sebentar untuk mencari barang kelengkapan berbuka puasa. Baru saja 10 minit meninggalkan anak-anaknya, dia kemudiannya dihubungi jiran dan dimaklumkan tentang kejadian kebakaran itu.
Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam kejadian 7.49 malam itu, mangsa, Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3, ditemukan tidak sedarkan diri di dalam bilik air di bahagian dapur kediaman mereka.
Menurut Raiz Mukhliz, ketika kejadian, ibu mangsa berusia 31 tahun terpaksa keluar sebentar untuk ke kedai berhampiran, manakala bapanya yang berusia 30 tahun bekerja di sebuah restoran di sekitar bandar, di sini.
“Maklumat awal oleh ibu mangsa mengatakan keempat-empat anaknya ditinggalkan sementara di rumah dalam keadaan pintu bahagian dapur tidak berkunci.
“Bagaimanapun, kita percaya keadaan api marak menyebabkan empat beradik ini gagal mencari jalan keluar sebelum kesemua mayat ditemukan di dalam tandas dipercayai. Mereka (di situ) bagi tujuan menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Sabar Awor, Jalan Ismail, di sini, malam tadi.
Beliau berkata, ibu mangsa yang baru keluar selama 10 minit mengetahui mengenai kebakaran itu selepas dihubungi jiran.
“Kebakaran dipercayai berpunca akibat litar pintas, namun ia masih dalam siasatan lanjut pihak bomba. Mangsa sudah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan setakat ini, kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Terdahulu, 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran.
Raiz Mukhliz, bomba mengambil masa lima minit bagi mengawal kebakaran yang sudah merebak sehingga 70 peratus.
“Pemadaman berjaya dilakukan beberapa minit kemudian dengan kemusnahan sebanyak 80 peratus.
“Setelah api padam sepenuhnya, bomba bertindak membuat pencarian mangsa sebelum menemukan mayat dua kanak-kanak perempuan dan dua kanak-kanak lelaki,” katanya.
Sememangnya ujian ini sangat berat dan bukan mudah keluarga mereka mahu pulih dari trauma dan kesedihan yang dirasai. Sama-sama kita doakan mereka reda dan tabah dengan kehilangan besar ini. Al-fatihah.
Berselisih pendapat dalam perkahwinan adalah normal. Setiap pasangan pasti pernah bermasam muka kerana masalah-masalah yang melanda. Pun begitu, sangat penting untuk suami isteri saling bermaafan dan melupakan perkara itu supaya rumah tangga kekal harmoni. Sebagai manusia biasa, mungkin ada perbuataan atau perkataan yang keluar dari mulut kita, mengguris perasaan orang tersayang.
Untuk mengekalkan kebahagiaan dalam perkahwinan, ada dua elemen penting yang harus dibuat bersama. Pertama, solat berjemaah. Kedua, saling bermaafan. Sebaiknya, tidurlah dalam keadaan anda dan pasangan saling menyayangi dan tidak bergaduh. Mengapa solat berjemaah itu penting?
Saat usai solat, isteri akan bersalam dengan suami dan mencium tangannya. Itu adalah satu simbol bagi mengingatkan si isteri bahawa suami adalah ketua dan perlu dihormati.
Sebelum tidur, bermaafan sesama sendiri. Dengan cara ini, Allah SWT akan memberi ketenangan kepada kita sekaligus melindungi rumah tangga dari sebarang anasir jahat.
1. Setiap hari kita akan sedar kesilapan yang kita lakukan. Mungkin salah itu tidaklah besar dan kita pun tak sedar telah berbuat silap. Jadi dengan tabiat bermaafan sebelum tidur, pasangan akan reda dan kita tiada lagi ‘hutang’ maaf terhadap si dia.
2. Apabila saling bermaafan, kita akan sedar yang pasangan selalu peka dengan perlakuan atau perkataan yang dibuat. Jadi tidaklah kita mengulangi perkara yang sama pada masa hadapan kerana sudah tahu, pasangan kita tidak suka dengannya.
3. Hati lebih tenang jika kita tidur dalam keadaan sudah mohon maaf dan juga memaafkan orang lain. Ia adalah sifat yang mulia dan sangat diredai oleh Allah SWT. Tidur dalam dendam akan membuatkan kita menjadi manusia yang negatif.
Sekiranya anda sedang bertelagah dengan pasangan dan dalam hati terasa amarah yang teruk, jangan lupa untuk terus beristighfar dan bolehlah baca doa ini.
Sebenarnya, kepentingan bermaafan ini sangat banyak. Kesimpulannya, katakan jika pasangan kita ‘pergi’ ketika dalam tidur (minta dijauhkan), sekurang-kurangnya kita sudah pun bermaafan dengan satu sama lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!