Kenapa isteri zaman sekarang ni garang, kasar dan tak lagi lembut macam isteri zaman dulu-dulu?
Dia jadi macam tu sebab dah terlalu banyak beban yang dia pikul. Lebih dari beban dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh seorang isteri. Kudrat dia dengan kudrat suami tak sama, letih dia dengan letih suami pun tak sama. Tugasnya bukan sekadar menjadi seorang isteri, seorang ibu tapi dia juga terpaksa keluar mencari rezeki untuk bayar itu ini.
Apa yang dia buat tu dah lebih dari tenaga yang dia ada. Jadi macam mana dia nak jadi “lembut” jika dia memerlukan kekuatan dan kecekalan untuk terus bertahan dalam kehidupannya…?
Dia garang sebab tekanan, dia tak lagi berlembut sebab keadaan…
Ads
Tekanan dan keadaan itu yang menjadikan siapa dia pada ketika ini, pada hari ini…kalau kita sebagai suami faham, kita pasti akan mengurangkan beban yang dipikul mereka. Tapi sayang, ramai lelaki memiliki wanita, tapi tak ramai lelaki yang memahami hati seorang wanita. Apa yang dirasainya, apa yang dilaluinya. Kenapa dia jadi garang, kenapa dia jadi kasar, kenapa dia cepat marah, kenapa dia suka beremosi…
Jangan tunggu dia meletup baru kita nak sedar…
Dia tak minta kita ganti tempat dia, ambil alih jaga anak, kemas rumah, basuh baju, memasak dan sebagainya…dia cuma minta kita FAHAM dia, HARGAI dia supaya apa yang dia buat tu, bukan sia-sia…
Ads
ITU SAHAJA…tak kan itu pun susah?
Ads
Cuba tolong meringankan kerja-kerja dia dan jangan letak semua beban tu atas bahu dia…kekuatan dia dan kita berbeza, mental dia dan mental kita pun berbeza…dia beremosi dengan kepayahan, keletihan dan kepenatan yang dilaluinya…bukan sebab dia lahir-lahir dah garang, dah kasar, dah panas baran TAPI sebab keadaan dan tekanan yang dihadapinya.
Jangan persoalkan kelembutan dia sebab wanita itu pada fitrahnya memang hamba Allah yang lemah lembut, tapi jika dia terlalu berlembut, kita akan pijak kepala dia.
Sama-samalah kita sebagai suami membantu isteri, isteri itu bukan hamba dan kita bukan tuannya.
Anak sulung sebenarnya ‘guru’ yang mengajarkan ilmu keibubapaan kepada kita. Mereka ni sangat istimewa, bukanlah bermaksud kita tak sayangkan anak-anak yang lain. Dengan kehadiran mereka kita belajar cara memikul tanggung jawab menjadi ibu ayah. Anak sulung biasanya suka bercerita dan berkongsi dengan ibu ayah serta adik-adiknya.
Kita tak membezakan kasih sayang antara semua anak, cumanya anak sulung ni ada aura yang lebih sikit berbanding adik-beradiknya yang lain. Kita sentiasa terkenangkan memori ketika pertama kali kita memegang mereka selepas bersalin. Ketika mereka mendapat adik, mungkin terbit rasa terpinggir atau ibu ayahnya sudah tidak peduli akan dirinya lagi.
Ibu ayah tidak perlu risau kerana rasa itu hanya sementara jika anda juga melibatkan si abang atau kakak sulung untuk sama-sama menguruskan adik-adiknya. Seperti mana ibu dan ayah sayangkan anak, begitu jugalah anak sulung akan mencintai adik-adiknya yang lain.
KAYA KASIH SAYANG
Selalulah berbicara pada mereka. Katakan betapa anda sayangkan si sulung. Semakin mereka meningkat besar, mereka akan banyak buat perangai pelik untuk mendapatkan perhatian anda. Jika ibu dan ayah tidak lokek berkongsi perasaan sayang dan sering memberitahu mereka tentangnya, anak sulung akan membesar menjadi anak yang penyayang dan kaya dengan rasa cinta.
Bukan itu sahaja, mereka akan menjadi anak yang pernuh dengan rasa hormat terhadap kedua orang tuanya. Apabila mereka membesar dalam persekitaran yang membahagiakan begini, mereka juga akan menyayangi dan disayangi oleh adik-adiknya. Bahkan, anak sulung akan sentiasa diutamakan oleh adik-adiknya dalam apa jua hal.
Kredit foto: Facebook Mohd Azizi
SUKA MENYAKAT
Sekiranya si adik mengadu kepada anda yang abang atau kakaknya mengusik mereka, jangan terus dimarah. Tanyakan pada si sulung, mengapa mereka buat begitu. Ada masanya mereka tidak berniat untuk membuli atau mengganggu, tetapi sekadar suka menyakat kerana mahukan perhatian daripada adik-adiknya. Adakah anda perasan, biasanya anak berebut barang atau suka memotong cakap antara satu sama lain?
Biasanya adik akan menang, kerana abang atau kakak sulung akan memberi peluang kepada si adik. Bila melihatkan mereka begini pun, ibu ayah sebenarnya sudah boleh melihat kematangan anak sulung dan betapa mereka mementingkan adik-adik mereka. Pun begitu, jangan diabaikan kemahuan mereka. Sesekali, tidak salah jika anda yang meminta anak sulung untuk meluahkan perasaan mereka terlebih dahulu.
ADIK-ADIK JADI KEUTAMAAN
Ketika anda keluar dengan anak sulung dan bertanya tentang apa yang mereka mahukan, lihat jawapannya. Biasanya memang mereka akan beritahu apa yang mereka mahu, tetapi tidak lupa untuk mengingatkan kita untuk belikan juga untuk adik-adiknya. Cuba uji mereka dengan memberi makanan kegemaran mereka dan minta anak-anak untuk berkongsi. Biasanya anak sulung tidak kisah dan rela hati memberikan bahagiannya kepada si adik.
Kredit foto: Facebook Mohd Azizi
Jika anda lihat anak sulung anda begitu, ia satu petanda yang bagus. Anak sulung anda menjadi seorang abang atau kakak yang bertanggung jawab dan bertimbang rasa. Ajarkan juga anak-anak yang lain untuk sama-sama berkongsi agar tidak timbul soal pilih kasih di kemudian hari. Lagipun, berkongsi makanan atau barang dengan adik-beradik kan seronok?
JADI PENJAGA ADIK-ADIK
Anak sulung mungkin tegas atau kuat membebel berbanding anak yang lain (biasanya anak perempuan). Anak lelaki sulung pula biasanya lebih cool dan bersahaja. Walaupun begitu, jangan sesekali diusik adik-adiknya. Menjadi anak sulung mengajar mereka untuk sentiasa menjaga dan melindungi adik-adik.
Perkara pertama yang kita ajarkan kepada anak sulung sebaik sahaja mereka mendapat adik biasanya untuk sayangkan adik. Kena jaga adik. Itulah yang menjadi pegangan mereka dan membuatkan mereka menjaga adik-adik pada setiap masa. Sekiranya mereka bersekolah atau ditinggalkan di rumah pengasuh yang sama, pasti abang atau kakak sulung akan menjadi ‘tukang report’. Itu menunjukkan mereka mengambil berat tentang adiknya dan sentiasa memerhatikan mereka ketika ibu ayah tiada bersama.
Kredit foto: Facebook Mohd Azizi
Sesungguhnya anak sulung ini adalah anugerah paling indah pertama buat ibu ayah. Anak sulung mempunyai hati yang sensitif tetapi sangat mementingkan kebajikan keluarganya. Mempunyai anak sulung perempuan atau lelaki mempunyai kelebihan yang tersendiri. Sesungguhnya anak sulunglah yang menjadi penawar suka duka ibu dan ayah.
Bila badan penat, secara tak sengaja jadi stres. Para ibu tidak perlu menafikan kenyataan ini. Tapi peranan para suami boleh membantu secara tidak langsung mengembalikan keceriaan.
Orang selalu kata kalau penat, rehat. Manakala kalau mengantuk, tidur. Bagi seorang isteri yang sibuk, mendapat rehat dan tidur yang cukup memang memadai. Tapi bagaimana pula dengan stres yang dihadapi?
Perkongsian daripada bapa ini ada benarnya. Mengambil hati isteri saat kekalutan dan kepenatan melanda boleh memberikan impak kepada pertambahan hormon oxytocin yang membuatkan si isteri ceria semula.
Tips mengurat hati isteri. Fahami kehendak fisiologi isteri atau bahasa mudah kita sangat faham yang isteri juga perlukan tubuh badan yang sihat. Insyaallah isteri akan tenang dan bahagia. Sebenarnya isteri tidak memerlukan rehat yang banyak untuk mereka bahagia. Sebab itu kita tengok isteri boleh hadap kerja rumah 24 jam.
Perhatikan. Dalam masa yang sama mereka boleh buat 2, 3 kerja. Sambil goreng ikan boleh mandikan anak,boleh basuh pinggan, boleh mop lantai. Boleh bisnes online. Eh siap boleh order barang online depan kuali? Fuh.. hebat الله cipta otak wanita. inilah yang dipanggil ‘otak multitracking’,yakni boleh bagi tumpuan kepada banyak perkara dalam satu masa. Sebab itulah jangan pelik kalau mereka masuk mall rambang mata…
Tapi.. apa yang buatkan mereka stress? Bukan sebab tidak cukup rehat. Sebab hormon oxytocin mereka turun secara mendadak bila stress. Kenapa stress? Sebab tiada tumpuan, perhatian, belaian dari suami.
Hormon cortisol meningkat,mereka akan nampak lesu,kusam,suka makan makanan manis sebab cortisol telah bakar gula dalam darah.
Rupanya isteri kita ini,apabila mereka penat bukan sahaja perlu rehat,tetapi perlukan belaian,pelukan dan paling penting suami perlu jadi PENDENGAR yang setia. Dengar dengan penuh tumpuan,tatap wajah mereka sambil pegang tangan dan peluk dia dengan erat sambil gosok-gosok belakang mereka. Yes! Waktu ini oxytocin hormone mendadak naik.
Jadi para suami rajin-rajinlah peluk isteri bukan sahaja ditempat tidur. Nampak isteri penat pergilah peluk dia,ajak anak peluk sekali. Dalam masa yang sama oxytocin dalam badan lelaki juga akan meningkat. Dengan pelukan kita akan jadi lebih tenang dan boleh buat banyak keputusan yang baik.
Malang tidak berbau, disaat kita mengejar masa untuk membuka kunci rumah, ketika itulah kunci terpatah. Jangan panik dan cemas kerana ada caranya untuk mengeluarkan kunci ini dari terperangkap di dalam lubang itu.
Perkongsian tip dari pengguna Tik Tok, @jason_jezi ini anda perlu cuba. Memang senang!
Kalau kunci terpatah di dalam lubang kunci jangan panik. Nak keluarkan macam mana?
Cara keluarkan kunci patah
Hanya gunakan satu gam jenis batang (seperti di dalam gambar).
Kemudian panaskan dengan pemetik api.
Biarkan gam cair dan kemudian cepat-cepat masukkan ke gam ke dalam lubang kunci yang terpatah.
Tunggu selama 10 saat sambil menekan gam ke lubang pintu.
Kemudian perlahan-lahan tariklah ia keluar.
Tadaaa, hasilnya!
Memang berjaya. Jadi tak perlu risau bila kunci terpatah macam ni.
Gara-gara tidak mementingkan kesihatan diri, seorang pemuda menderita menghidapi sakit buah pinggang kronik.Ia berlaku akibat tidak menjaga pemakanan hariannya dengan mengamalkan tabiat makanan tidak...