Tiada siapa pun yang minta diuji dengan sakit tetapi jika ujian ini diberikan, hanya kekuatan dan doa dipohon untuk mengembalikan semangat. Begitulah situasi yang dialami oleh pasangan suami isteri ini apabila Allah uji suami koma kerana menghadapi masalah berkaitan paru-paru.

Bukan itu saja, isteri pula baru habis pantang anak kedua dan dijangkiti kuman dalam darah turut dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) baru-baru ini.

Berkongsi mengenai kisah pasangan ini, sepupu iaitu Emmy Farhany Ahmad berharap orang ramai dapat terus mendoakan kesembuhan pasangan ini untuk kembali sihat dan dapat membesarkan anak bersama-sama.

Suami Koma, Isteri Lepas Pantang Dijangkiti Kuman Dalam ICU, Baby Pula Masuk Wad
Gambar hari raya bersama anak sulung tahun lalu.

Suami isteri dan anak kedua masuk hospital

Dalam gambar Ini sepupu saya Fatin Elika Elisya dan suaminya Aizameen Haqim bersama anaknya. Mereka ada lagi seorang baby girl baru umur 2 bulan dan Fatin baru je habis pantang.

Apa yang cuba saya nak sampaikan berat ujian sepupu saya sekeluarga ni. Mulanya suaminya kena semput kronik kerana memang ada masalah dengan paru-paru yang sekian lama. Masa kena serang tu suaminya dikejarkan ke hospital dan dimasukkan icu. Sekarang dalam keadaan koma. Dalam tak sedar dah hampir 2 minggu dah sebenarnya. Sepupu saya Fatin berharap yang suaminya boleh diselamatkan.

Malam tadi pula. Sepupu saya Fatin pula dimasukkan ke icu kerana ada jangkitan kuman dalam darah. Fatin terlalu lemah. Mulanya suspek denggi. Bila darah drop Fatin terus rebah sampai biru muka. Maybe terlalu berat nak menanggung ujian dan tekanan emosi dalam keadaan baru je habis pantang bersama 2 anak. Berat lagi ujian dalam mereka suami isteri di icu, hari ini baby pulak warded. Beberapa hari ini baby kena cirit birit sampai berak berdarah. Tu yang pergi hospital rupanya baby pun tak okay.

Menurut sepupu, si suami sememangnya mempunyai masalah paru-paru sejak sekian lama. Selepas diserang semput kronik, suami dikejarkan ke hospital dan koma.

IKLAN

Mungkin kerana terlalu tertekan, si isteri pula jatuh sakit dan disyaki ada jangkitan kuman dalam darah. Apa yang lebih meruntun hati, bayi yang baru berusia dua bulan turut dimasukkan ke wad kerana masalah kesihatan.

Suami Koma, Isteri Lepas Pantang Dijangkiti Kuman Dalam ICU, Baby Pula Masuk Wad

Anak sulung dijaga mak saudara

Dah la baby dari dalam pantang kena sawan tangis. Setiap malam nangis tanpa henti. Puas berubat tapi tak dapat ubati. Hanya mengurangkan sikit saja. Anak sulung pun tengah tak sihat. Demam eczema teruk. Kesian si abang. Saat ini si abang dijaga oleh mak saudaranya.

Mohon terus doakan mereka

IKLAN

Jadi saya nak menyeru kepada insan-insan yang mengenali saya please doakan untuk sepupu saya ni sekeluarga. Berikan kesihatan kepada Fatin dan babynya serta anak sulungnya. Doakan ada sinar buat Aizameen sedar dari koma dan mereka boleh sekeluarga bersama membesarkan anak-anak.

Moga doa kalian diangkat oleh Allah SWT dan hanya Dia saja juga yang dapat membalasnya. Berat ujian sepupu saya tanggung. Kuat dik Fatin.. Along dan semua family Haji Sahri sayang ko dik. Sebak sangat. Saat ni rasa macam useless sangat sebab tak boleh balik kampung bagi moral support dekat family.

Sementara itu, dalam posting terbaru Emmy Farhany, dia mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana tak sangka perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai.

Terima kasih atas doa-doa kalian. Tak sangka post saya berkenaan sepupu saya Fatin Elika Elisya & Aizameen Haqim serta 2 anaknya semalam dapat perhatian rakyat Malaysia. Bukan saja posting saya, ada juga insan diluar sana serta blog-blog share post saya sehingga viral mendoakan Fatin dan Amenn.. Syukur… Tq semua…

IKLAN
Suami Koma, Isteri Lepas Pantang Dijangkiti Kuman Dalam ICU, Baby Pula Masuk Wad
Kenangan beraya baru-baru ini ketika mengandungkan anak kedua

Isteri dah sedar, suami masih koma

Melalui info terkini yang dikongsi oleh kakak Fatin, setakat ini Fatin dah sedar cuma masih lemah. Bagaimanapun, suaminya masih lagi koma dan menerima rawatan rapi.

Anak kedua pasangan ini yang turut dimasukkan ke wad juga dah mula menunjukkan perkembangan baik dan dah tak berak berdarah.

Kredit: Emmy Farhany Ahmad

** Anda mahu dapatkan produk bayi menarik boleh klik di sini

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Suami Koma, Isteri Lepas Pantang Dijangkiti Kuman Dalam ICU, Baby Pula Masuk Wad

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI