Dalam rumah tangga, tidak dinafikan ada pasang surutnya. Biasalah kalau berselisihan faham, itu semua dapat menguatkan lagi rasa sayang antara pasangan. Namun, kebanyakan isteri ada masanya teralpa kerana terlalu sibuk menguruskan rumah tangga, mereka mengabaikan perasaan suami.
Biarpun suami nampak gagah dan seperti tidak kisah, sebenarnya jauh di sudut hati pasti ada terguris perasaan mereka. Mungkin juga mereka tertanya-tanya ke mana perginya isteri yang memberi perhatian dan memanjakan mereka. Wahai isteri, ketahuilah ada beberapa hal yang boleh membuatka suami tawar hati dan kasih sayangnya terhakis sedikit demi sedikit.
Pa&Ma kongsikan lima sikap isteri yang secara tidak langsung boleh melukakan hati suami dan mengganggu guat kebahagiaan perkahwinan seperti yang dinyatakan oleh familyshare.com
1. Boros & Berbelanja Melebihi Kemampuan
Sentiasalah bersyukur dengan setiap apa yang anda miliki. Jangan berbelanja berlebihan dan paling penting, mengikut kemampuan pasangan. Biarpun anda bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, lebih molek jika berbincang dengan suami sebelum berbelanja. Apabila seorang isteri sentiasa merungut akan kekurangan suami dari segi kewangan, ia sangat tidak bagus. Suami akan tertekan dan merasakan dirinya gagal menjadi ketua keluarga yang baik.
2. Asyik Negatif
Jangan terlalu banyak berfikir perkara yang bukan-bukan. Kebanyakan isteri cenderung membebel pada suami tentang perkara yang tidak berkaitan dengan hubungan mereka. Isteri oleh meluahkan perasaan kepada suami, tetapi jangan sampai menjadi rungutan dan membebel tanpa henti.
Lelaki tidak suka jika isteri terlalu banyak marah-marah dan berleter. Anda harus faham, cara lelaki menangani sesuatu masalah secara perlahan-lahan. Mereka lebih suka melakukannya satu per satu, tidak seperti wanita yang suka menyelesaikannya pada satu masa yang sama.
3. Hal Lain Jadi Keutamaan, Suami Tidak Dipedulikan
Apabila isteri terlalu banyak mengutamakan hal-hal lain, suami akan terasa seperti diabaikan. Mereka juga akan terasa dipinggirkan oleh isteri. Sifat lelaki sukakan perhatian, jadi apabila isteri tidak mengendahkan suami kerana sibuk menguruskan perkara lain, sedikit sebanyak ia akan mengguris perasaan mereka.
Ads
Bukanlah perlu duduk depan suami 24 jam, tetapi sekurang-kurangnya bertanyalah perihal mereka juga pada hari tersebut. Tidak dinafikan salah satu faktor penceraian hari ini adalah kerana kurang menghargai antara satu sama lain.
4. Tiada Lagi Sentuhan Manja
Suami sangat sukakan belaian dari isterinya. Apabila ereka mengajak isteri untuk ‘tidur’ bersama, tetapi ditolak pastinya ia akan melukakan hati suami. Oleh sebab itulah, di dalam Islam sekalipun menganjurkan supaya isteri sentiasa memenuhi permintaan suami, namun perkara inilah yang serin para isteri terlepas pandang.
Ads
Suami yang romantis biasanya suka berkongsi momen intimasi dan peribadi hanya dengan isterinya. Penat bekerja atau tekanan lain yang emngganggu sebenarnya boleh dilegakan denga hubungan intim.
5. Suka ‘Sembunyi’
Isteri biasanya suka protes dan tunjuk perasaan dengan tidak berterus terang dengan keinginan mereka yang sebenarnya. Suami tidak dapat ‘menangkap’ apa maksud tersirat di sebalik kata-kata isteri jika tidak straight to the point. Oleh itu, jika isteri ada apa sahaja perkara yang ingin diberitahu kepada suami, lebih baik jika ia disampaikan secara berterus terang.
Tiada salahnya untuk sesekali berbalah dengan pasangan. ia sebenarnya mengajar kita erti kasih sayang serta membuatkan kita lebih mengenali dirinya yang sebenarnya. Sekurang-kurangnya apabila perselisihan pendapat begini terjadi, ia akan menjadikan kita dan pasangan lebih matang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiga beradik perempuan maut, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak, di sini, pagi tadi.
Kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 27 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian itu, kira-kira 11.45 pagi.
Difahamkan, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena pula kepada dua adiknya turut berada di hadapan rumah.
Ahli keluarga mangsa, Mohd Amin Mohd Nazir, 25, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.
Adat anak-anak mahu membesar, mereka suka mencuba pelbagai perkara. Rasa ingin tahu dan keinginan untuk bermain memang perkara biasa. Sama juga seperti kes anak perempuan salah seorang pengguna Facebook, Husnulkhotimah Fahmi yang berkongsi tentang anaknya yang mengalami kekejangan mulut dan pedih lidah kerana menggigit daun sejenis pokok hiasan. Memeranjatkan, pokok hiasan ini banyak menjadi pilihan kebanyakan daripada kita.
Menurut Husnulkhotimah, ketika kejadian dia pergi ke tandas kerana anak kecilnya membuang air besar. Jadi dia tinggalkan sebentar anak perempuannya untuk menguruskan si kecil. Ikuti perkongsian Husnulkhotimah tentang insiden ini.
Inilah tumbuhan yang selalu kita jadikan hiasan, tak sangka pula ia beracun!
TOLONG BUANG POKOK BERACUN INI! JANGAN TANAM!
Guys, just want to share with you all. Mungkin ada yg dah tahu mungkin yg belum.
Kalau ada kt rumah kita tanam pokok keladi seperti gambar ni dan ada ank kecik, eloklah dibuang saja pokok tu sebab BERACUN!
Kejadian petang kelmarin. Nashwa main kt luar rumah dia ambil pokok tu dan gigit sikit. Just a tiny bit. Masuk rumah menangis mcm luka teruk but tak nampak luka atau apa2 kesan sakit. Panik ibu pun tak tahu punca apa. This 4 years old girl taknak bagitau takut ibu marah dia. Lepas diasak tanya Nashwa dia ckp dia gigit daun tu. Terus suruh adik google n jumpa dekat website mynewshub bout this plant.
Dieffebachia. Pokok hiasan yg sering di perkarangan rumah. Getah dan daun mengandungi calcium oxalate yg mnyebabkan gatal2, kekejangan bibir dan lidah. Yes betul pokok tu! Nashwa nangis sambil mulut ternganga xleh tutup mgkin sbb kejang bibir. Air liur pun menitik xhenti.
Mulut Nashwa mengalami kekejangan sehingga menitis air liurnya
Terus start kereta bawak ke klinik. Doktor tanya ada telan tak. Ibu dah la xtahu, nashwa pulak takleh cakap. Doc cek bibir bengkak skit pernafasan semua ok. Doktor kata kalau dia telan, bengkak kt kerongkong, boleh mnyebabkan saluran pernafasan tersekat. Doktor bg ubat sapu bengkak, alergik dan charcoal untuk serap racun klau ada yg masuk perut. Alhamdulillah hari ni dah okey.
Tanya Nashwa kakak makan ka daun tu. Then dia cerita dia amik satu tangkai dan koyakkan daun tu. Ada dia gigit sikit je. Lepas tu dia ludah balik dan lari masuk rumah minum air. Katanya pedih. Luckily sikit je. Kalau tertalan banyak? Nauzubillah moga dijauhkan.
Bibir atas Nashwa membengkak kerana bisa racun
Hus nak pesan kt semua yang ada tanam pokok ni, eloklah dibuang je. Risau budak2 yang xreti apa lagi ni amik masuk mulut. Kids being kids kan.. Dorang curious. Semua menda nak explore. Kita yang kena sediakan safe environment untuk diorang.. Sentiasa pantau apa budak2 kecik ni buat. Lagi2 musim raya ni merata2 kita ziarah saudara dan kawan2. If anything happen always go straight to doctors ok.
Silakan share supaya semua orang alert. Semoga posting ni bermanfaat.
-Husnulkhotimah- 14.06.2019
Jika ada antara pembaca Pa&Ma yang menanam tumbuhan ini di rumah, berhati-hatilah terutamanya jika ada anak yang masih kecil. Kadang-kadang kita sukakan sesuatu tumbuhan itu kerana keunikan dan kecantikannya tanpa mengetahui, rupanya ia berbahaya. Semoga kejadian yang menimpa adik Nashwa ini menjadi pengajaran kepada kita semua.
Kalau diberi peluang, anak-anak luar bandar pun boleh gegar dunia! Itulah yang dibuktikan oleh sekumpulan pelajar hebat dari MRSM Ulul Albab FELDA Trolak apabila pasukan orkestra mereka, MARESMAF Wind Orchestra (MAWO), berjaya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa!
Pasukan MAWO mencipta sejarah membanggakan dengan merangkul Golden Diploma Award dalam kategori middle class di International Festival of Wind Orchestra Prague 2025. Lebih manis lagi, mereka merupakan satu-satunya wakil dari Asia yang berjaya mengungguli kategori tersebut, menewaskan tujuh kumpulan lain dari enam buah negara. Hebat!
Gambar ihsan FELDA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
Lawan Eropah, Tapi Anak Malaysia Menang Gaya!
Pertandingan berprestij yang berlangsung di Prague itu menghimpunkan 13 pasukan orkestra dari 11 negara, majoritinya datang dari benua Eropah. Tapi siapa sangka, wakil dari Trolak yang rata-rata terdiri daripada anak-anak FELDA ini berjaya memberi saingan sengit dan akhirnya muncul juara dalam kategori mereka.
Menurut perkongsian rasmi daripada pihak FELDA, kejayaan MAWO mendapat anugerah emas ini adalah hasil pemarkahan tertinggi daripada panel juri profesional yang menilai persembahan semua pasukan dalam kategori ‘middle class’. Hanya kumpulan yang betul-betul mantap saja boleh capai markah tahap “Golden Diploma” ini.
Sebagai info, pertandingan ini dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu lower class, middle class, dan higher class, dan pemilihan kategori dibuat berdasarkan tahap kesukaran lagu, kemahiran teknikal serta pengalaman pasukan orkestra yang bertanding.
Bangga Jadi Anak Malaysia!
Pengerusi MARA, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, turut tampil mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa bangga atas pencapaian luar biasa ini. Katanya, kejayaan ini bukti jelas bahawa dengan peluang yang betul, anak-anak luar bandar mampu bersaing dan cemerlang di pentas dunia.
“Rata-rata mereka adalah anak-anak FELDA yang dibimbing dalam sistem pendidikan MRSM dan kini berjaya mendapat pendedahan sehingga ke peringkat antarabangsa. Inilah bukti bahawa dengan peluang dan sokongan yang betul, anak luar bandar juga mampu menggegarkan dunia,” katanya.
Gambar ihsan FELDA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
Sokongan turut datang dari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Beliau menyifatkan pencapaian MAWO ini sebagai simbol semangat dan disiplin tinggi anak muda luar bandar yang wajar dibanggakan seluruh rakyat Malaysia.
Kejayaan MAWO bukan saja membanggakan, tapi juga menjadi inspirasi kepada ramai pelajar lain di luar sana bahawa tak kira dari mana kita bermula, yang penting adalah usaha, disiplin dan semangat juang yang tinggi.
Tahniah MAWO, tahniah MRSM Ulul Albab FELDA Trolak! Malaysia bangga dengan anda.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.