Pengacara versatil, Jihan Muse memberitahu dia kini sedang hamil anak kedua. Usia kandungannya sudah lebih enam bulan dan dijangka bersalin pada September depan.
Meluahkan rasa syukur, Jihan, 38, akui dia juga kini lebih menghargai kehidupan selepas disahkan positif Covid-19 hujung Januari lalu.
Jihan berkata demikian ketika sidang media Anugerah MeleTop Era 2021 (AME2021) di Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
“Allah nak uji ketika usia kandungan lebih sebulan, saya disahkan positif Covid-19 dan mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangir selama 10 hari.
“Saya dapat tahu positif virus berkenaan sejurus melakukan ujian saringan sebagai persiapan mengacarakan AME2021 yang sepatutnya berlangsung pada 30 Januari lalu sebelum ia ditangguhkan,” katanya.
Ads
Tidak mengalami simptom teruk
Jihan bagaimanapun syukur dan lega apabila dia tidak mengalami situasi sukar sepanjang berada di hospital.
“Saya bersyukur sebab ketika fasa tersebut, simptom tidaklah teruk. Mungkin kerana sudah lengkap vaksin. Cuma saya ada alami batuk. Syukur juga, demam pun tidaklah teruk,” katanya.
Tak kisah soal jantina bayi
Ads
Ditanya reaksi suaminya yang juga pelakon, Ungku Hariz, Jihan akui mereka tidak pernah putus doa untuk memiliki cahaya mata kedua.
“Saya gembira, begitu juga dengan suami. Sebab memang sudah lama berhasrat untuk ada rezeki zuriat lagi sebenarnya. Anak sulung pun dah masuk empat tahun.
“Saya dapat tahu hamil pun pada minggu-minggu akhir Gegar Vaaganza 8 (GV 8). Soal jantina saya tak kisah, asalkan bayi dalam keadaan sihat dan baik sudah memadai,” katanya lagi.
Ads
Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musaa berkahwin dengan Ungku Hariz pada 2016.
Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.
Bertangas Guna Bahan Dapur, Elok Mama Amalkan Dua Minggu Sekali
Bertangas baik untuk kesihatan dalaman wanita sama ada yang sudah berkahwin dan wanita yang masih bujang. Bagi wanita yang telah berkahwin dan sudah melahirkan anak, lagi-lagilah digalakkan melakukannya.
Sebenarnya seawal remaja, wanita digalakkan bertangas bagi mendapatkan kesihatan dalaman yang lebih baik. Bertangas sangat mudah. Hanya guna bahan di dapur sahaja. Bahan-bahan di dapur yang tidak habis digunakan jangan dibuang sebaliknya boleh digunakan untuk bertangas.
Amalan bertangas boleh dilakukan dua minggu sekali untuk menghilangkan angin dalam badan dan paling penting untuk kesihatan rahim. Ini perkongsian Shahmila Radha yang boleh dijadikan panduan.
BERTANGAS GUNA BAHAN DAPUR DI RUMAH
BAHAN:
3-4 helai daun sirih
Halia tua*
Kunyit hidup*
Serai*
Asam jawa*
Asam keping
Biji manjakani (kalau ada, tidak letak pun boleh)*
Halba
SEDIAKAN:
Pasu saiz besar/kerusi bertangas
Batu sungai/batu saiz besar (batu sungai paling baik)/boleh juga guna batu biasa
CARA-CARA:
1. Tidak perlu beli baru semua bahan. Guna lebihan bahan yang digunakan untuk memasak di dapur. Boleh kisar semua sekali bahan bertanda *untuk dijadikan ‘paste’ pekat.
2. Panaskan batu atas api. Lapik permukaan pasu dengan sirih. Letakkan batu yang panas atas sirih tadi dan lapik sehelai daun sirih atas batu.
3. Letakkan ‘paste’ yang sudah dikisar tadi. Jika ada kerusi bertangas lebih selesa.
4. Sediakan kain batik, tutup seluruh badan dan sedia untuk bertangas.
5. Pastikan wap herba sampai pada seluruh tubuh.
KEBAIKAN BERTANGAS UNTUK WANITA:
1.Menaikkan seri wajah. Apabila peredaran darah berjalan dengan lancar, kecantikan semula jadi wajah akan lebih terserlah.
2.Menghilangkan keletihan dan lesu pada tubuh.
3.Mengurangkan masalah keputihan.
4.Melancarkan haid.
5.Bagus untuk kesihatan dalaman wanita terutama rahim.
Ada yang tak faham cara betul kira usia kandungan bunting pelamin sampai mengata wanita yang baru berkahwin 4 minggu tapi dah mengandung 6 minggu sebagai hamil luar nikah. Jangan salah anggap dulu ya sebelum tahu cara betul kira usia kandungan ibu hamil.
Info ini mesti difahami betul-betul oleh suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga serta semua masyarakat. Bukan apa ada kes si suami yang tak tahu menahu pasal kiraan usia kandungan bergaduh dan menuduh si isteri sudah mengandung sebelum bernikah dengannya.
Dr Rusyainie Ramli menulis satu posting di facebook beliau bagi membetulkan salah tanggapan yang tular baru-baru ini tentang usia kandungan bunting pelamin. Harap jangan ada lagi suami atau makcik-makcik yang salah anggap dan ‘sok sek sok sek’ di belakang mengata yang tak betul tentang wanita yang bunting pelamin! Mari kita fahamkan betul-betul.
BUNTING PELAMIN.
Semalam ada kawan tanya. Macam mana dia mengandung 6 minggu. Sedangkan dia baru kahwin, kurang dari itu.
Saya akan terangkan dalam bahasa yang paling ringkas. Harap dapat difahamkan.
Senang saja. Kita kira tarikh mula mengandung pada hari pertama haid pada bulan terakhir. Wanita kena ingat kalau misi atau doktor tanya tarikh Last Menstrual Period, tulah dia. Bila haid habis tak penting.
Katakanlah Puan A datang haid pada tarikh 1/1/18.
Kitaran haidnya adalah setiap 28 hari.
Dia bernikah pada 12/1/18.
Hubungan kelamin terjadi lepas tu.
Kita anggap ovulasi iaitu penghasilan ovum dari ovari berlaku pada hari 14 dari tarikh haid pada bulan tu.
Kebiasaannya kitaran haid adalah antara 24 ke 35 hari, dan ovulasi boleh berlaku antara hari ke-7 haid hingga ke-21.
Ovum yang telah dikeluarkan bertahan selama 24 jam.
Sperma boleh hidup dalam rahim wanita selama 3-7 hari.
Jadi persenyawaan berlaku.
Persenyawaan tu bermaksud sperma dari lelaki dan ovum dari perempuan bergabung dan membentuk embrio.
Telur yang telah disenyawakan akan melekat pada dinding rahim.
Confirm Mengandung!
Pada lebih kurang tarikh 29/1/18, sepatutnya Puan A akan datang haid lagi. Tapi dia tak.
Dia tunggu dalam masa 5-7 hari, dan masih belum haid dan dia buat ujian mengandung menggunakan urin, positif. Maka dia mengandung.
Usia kandungan kita kira dari tarikh 1/1/18. Sebab tulah usia kandungan tu pada pandangan kasar lebih hari dari tarikh dia berkahwin.
Tulah dia bunting pelamin. Siapa kata fakta sains tak buat kita teruja. Terutama bila kita belajar biologi badan kita sendiri.
Usah biarkan diri kita diselubungi mitos!
Jap! SAYA TIDAK MENGANDUNG ya. Umur pun dah masuk 4 siri. Hahaha. Kang ada yang salah faham.
Berbulan-bulan anda membuat perancangan bagi menyambut kedatangan si manja, dan kini tiba masanya untuk membawa dia pulang! Kami kongsi 5 tip untuk anda membawa pulang anak anda di dalam kereta dengan selamat.
#1 Jangan sesekali pangku bayi walaupun dalam perjalanan dekat!
Bayi akan terjatuh dengan terjadinya brek mengejut atau lebih bahaya lagi, bayi akan tercampak keluar sekiranya kemalangan berlaku. Jadi, car seat jenis infant carrier adalah dalam senarai semak barangan yang perlu disediakan sebelum bersalin.
#2 Sekiranya menggunakan infant carrier, ambil masa untuk belajar cara pemasangan di dalam kereta sebelum bayi lahir.
Bawa bersama ke wad bersalin sebelum bayi keluar dari hospital. Dengan car seat jenis ini, pastikan bayi di pasangkan di dalam car seat terlebih dahulu sebelum di pasang di dalam kereta. Menguruskan bayi kecil buat pertama kali mungkin menjadi pengalaman yang menakutkan bagi anda, jadi semasa memasang bayi di dalam car seat, gunakan sebanyak masa yang perlu.
Di sini kami kongsikan beberapa panduan untuk diikuti:
• Pastikan kedudukan harness di bahagian bahu berada di kedudukan yang paling rendah.
• Longgarkan tali harness dan letakkan di bahagian sisi car seat untuk mengelakkan ia berbelit.
• Letak bayi di dalam car seat dan pastikan bahagian belakang bayi disokong sepenuhnya di mana tiada ruang di antaranya. (Rujuk Gambar A)
GAMBAR A
Tarik tali harness ke atas bahu bayi dan letakkan berdekatan dengan leher bayi. Pastikan tali tidak berbelit.
Pastikan buckle berada di antara kaki bayi. Cantumkan buckle tongue dan masukkan ke dalam buckle untuk menguncinya. (Rujuk Gambar B)
GAMBAR B
Periksa tali di bahagian pinggul (bagi sesetengah model mungkin tiada) tidak bertindih di dalam padding. Tarik tali di bahagian bahu ke atas untuk mengurangkan kelonggaran di bahagian pinggul (Rujuk Gambar D), kemudian tarik tali di bahagian tengah untuk mengetatkan harness. (Rujuk Gambar C).
GAMBAR CGAMBAR D
Pastikan tali tersebut berdekatan dengan leher bayi. Shoulder pad pula perlu berada di bahagian bahu serta dada dan di bawah dagu bayi. Sekiranya pad berada di belakang bahu bayi, laraskannya ke bawah dada sedikit untuk mendapatkan kekemasan yang betul. (Rujuk Gambar E)
GAMBAR E
Periksa kekemasan harness dengan memasukkan 2 jari di bawah tulang selangka bayi. Sekiranya anda boleh memutar jari anda ke atas, anda perlu mengetatkan harness sekali lagi. (Rujuk Gambar F)
GAMBAR F
Bedung bayi dengan memasukkan selimut atau kain lampin di sekeliling bayi SELEPAS bayi selamat di pasang harness. (Rujuk Gambar G)
GAMBAR G
#3 Sekiranya anda menggunakan convertible car seat, pemasangan di dalam kereta perlu di lakukan sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh jangkaan kelahiran.
Periksa kedudukan harness di bahagian bahu dan pastikan ianya berada di kedudukan paling rendah. Jarak antara slot harness yang paling rendah dan tempat bayi diletakkan di dalam car seat hendaklah tidak lebih dari 21cm. Sekiranya kedudukan harness terlalu tinggi, ini bermakna car seat tersebut tidak sesuai untuk bayi baru lahir. Periksa perkara ini terlebih dahulu sekiranya anda belum membeli car seat lagi!
Harness perlu berada sama paras dengan bahu bayi atau ke bawah sedikit.
Joshua, berusia 22 hari buckled in dengan sempurna di dalam Joie i-Snug.Joshua, berusia 22 hari sangat selesea berada di dalam Joie Tilt.Joshua, berusia 22 hari yang sangat sesuai untuk Joie Every Stage.
#4 NOTA PENTING: SEMUA CAR SEAT UNTUK BAYI WAJIB DI PASANG DALAM KEADAAN MENGHADAP BELAKANG ATAU REAR FACING!
Selalu rujuk buku panduan manual terlebih dahulu sebelum memasang car seat kerana setiap model adalah berbeza walaupun ianya nampak seakan sama. Sekira perlu, anda juga boleh mencari video pemasangan mengikut jenama car seat pilihan anda di internet!
Pemasangan car seat menggunakan tali pinggang keledar kenderaan atau isofix adalah selamat asalkan ianya sesuai dengan kereta dan di pasang dengan betul.
Kedudukan tempat duduk belakang bahagian kiri kenderaan adalah posisi yang ideal untuk pemasangan car seat. Ini kerana kedudukan ini merupakan laluan yang selamat untuk meletakkan dan mengeluarkan bayi dari kenderaan.
#5 JANGAN SESEKALI MENGELUARKAN BAYI DARI CAR SEAT SEMASA KERETA BERGERAK. SEKIRANYA PERLU, BERHENTI DI TEMPAT YANG SELAMAT SEBELUM MENGELUARKAN BAYI.
Sekiranya perjalanan mengambil masa lebih dari 45 minit, pastikan anda membuat perancangan untuk berhenti beberapa minit untuk mengeluarkan bayi dan periksa pernafasan dan kedudukannya. Dalam masa yang sama, anda juga boleh menyusukan bayi.
Selepas menyusukan, pastikan bayi sendawa dan periksa lampin sebelum memasukkan dan dipasangkan harness di dalam car seat semula.
Perlu diingatkan, bayi perlu selamat dipasangkan harness terlebih dahulu dan hanya dibedung selepas itu. Dengan membedung ianya boleh membantu menenangkan bayi. Sekiranya bayi merengek, tepuk dada bayi dengan perlahan. Untuk pengetahuan anda, kereta bergerak yang menyebabkan getaran perlahan juga membantu untuk menenangkan bayi. Semasa berada di luar kenderaan, anda juga boleh menggoyangkan infant carrier dengan perlahan di mana ianya juga boleh dijadikan sebagai rocker!
Jangan tinggalkan bayi baru lahir di dalam infant carrier lebih dari 45 minit pada satu masa. Jadi sekiranya bayi tidur, pindahkan bayi ke katil semasa anda sampai di rumah supaya bayi boleh sambung tidur dengan selamat!
**Semasa sesi fotografi dilakukan, Baby Joshua berumur hanya 22 hari dan mempunyai berat 3.52kg dan tinggi 50cm semasa dilahirkan. Jadi, jutaan terima kasih kepada Baby Joshua kerana menjadi model cilik kami dan memberi kerjasama yang sepenuhnya!
Nak dapatkan car seat seperti yang Baby Joshua gunakan? Klik link di bawah!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.