Kemelut rumah tangga penyanyi popular Indonesia, Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar sudah pastinya meninggalkan kesan yang paling mendalam bukan hanya buat Lesti bahkan bayinya sendiri.
Belum pun sampai usia dua tahun perkahwinan, bahtera rumah tangga keduanya ditimpa badai.
Tidak mahu ibu cantik manis ini terkesan dengan hari-hari yang perlu dilaluinya, seorang pakar holistik turut memberikan pandangannya tersendiri.
Lebih-lebih lagi ditambah pula dengan Lesti yang membesarkan bayi sulung mereka, Muhammad Leslar Al Fatih Billar yang kini baru berusia 9 bulan.
Pakar Holistik itu, Ni Kadek Hellen Kristy Winatasari menyarankan agar Lesti menukar nama anaknya yang merupakan gabungan namanya bersama suami jika tidak mahu terus terkesan dengan situasi hebat itu.
Ads
Terdahulu, nama Baby Leslar diambil daripada nama ibu dan bapanya, Lesti dan Billar yang mana ia merupakan saranan daripada peminat keduanya.
Melihat apa yang berlaku hari ini, pakar berkenaan bimbang jika si kecil itu akan mengalami trauma ketika membesar dengan nama tersebut.
Ads
Bahkan menurutnya lagi, penggunaan suku kata akhir nama bapanya itu juga bakal berkemungkinan menjadi beban hebat buat Baby Leslar di masa hadapan kelak.
Terdahulu, Lesti membuat laporan polis selepas dipukul oleh suaminya yang didakwa berlaku curang beberapa hari lalu.
Ads
Lesti yang tercedera segera mendapatkan rawatan dan membuat laporan polis sebaik menerima nasihat daripada keluarganya.
Semoga ada jalan terbaik buat kedua-duanya dan apa yang lebih penting lagi adalah memberikan ruang dan persekitaran yang sihat dan positif untuk Baby Leslar untuk membesar dengan baik.
Pelakon dan bapa kepada empat cahaya mata perempuan, Datuk Fizz Fairuz memaklumkan isterinya, Datin Almy Nadia terpaksa menjalani pembedahan selepas disahkan memiliki ketumbuhan cyst dan juga mengandung di luar rahim.
Perlu pembedahan segera
Memetik portal mStar, Fizz memberitahu ketumbuhan itu dikesan selepas Almy dimasukkan ke hospital bagi menjalani menjalani pemeriksaan doktor pada petang Jumaat.
“Almy masuk bilik pembedahan pada pukul 6.30 petang (Sabtu). Doktor kata ada cyst berdekatan dengan rahim dia,” ujar aktor berusia 43 tahun.
Fizz berkata, cyst tersebut perlu dibuang cepat kerana takut pecah. Jadinya, doktor mencadangkan kepada mereka untuk menjalani pembedahan dengan segera.
Dalam pada itu, aktor kelahiran Raub, Pahang itu memberitahu keputusan untuk membuat pembedahan itu dibuat pada pagi Sabtu selepas mengetahui keputusan laporan ujian darah.
“Sekarang ini, dia kena buat pembedahan secepat mungkin sebab nanti akan menganggu kandungan jika hamil kemudian hari. Dia mengandung sebenarnya tapi di luar rahim.
“Bila doktor periksa dekat rahim kosong. Ada setitik ketulan dalam rahim tapi doktor kata bukan. Ujian air kencing kata positif (hamil). Bila buat pemeriksaan lain baru nampak ketulan dekat luar rahim.
“Ada cyst yang menganggu, kena buang dengan cepat dan kandungan luar rahim itu pun kena buang juga sebab takut pecah,” jelas Fizz.
Selain itu, Fizz juga memaklumkan kesihatan isterinya itu kurang baik serta mengalami lemah tubuh badan sejak kebelakangan ini.
Pelakon, Alif Satar dan keluarga kini sedang bercuti di United Kingdom (UK) telah dan meraih perhatian ramai pengikutnya di Instagram.
Alif bersama isteri, Shadila Halid serta anak-anak iaitu, Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad Ali memilih lokasi di Exeter, UK sebagai destinasi percutian kali ini untuk mengimbau kembali memori zaman kanak-kanak Alif yang dibesarkan di Exeter pada 25 tahun yang lepas.
Dalam perkongsian lain, Alif turut berkongsi momen mereka sekeluarga menaiki kereta api dan tambah Alif lagi percutian ini sangat mencabar kerana bukan mudah untuk mengawal anak-anak yang masih kecil dan sangat aktif.
Percutian Alif kali ini walaupun agak mencabar tapi nampak tenang dan menyeronokkan walaupun bersama anak-anak kecil yang punyai pelbagai ragam.
Momen indah anak-anak Alif merasai percutian yang penuh dengan cabaran ditambah pula dengan pengalaman tidur di dalam train, makan, memberus gigi dan disajikan dengan pemandangan alam semulajadi yang indah pastinya akan meninggalkan memori yang sukar dilupakan buat cahaya mata mereka.
Turut tak ketinggalan merindui United Kingdom, Chef selebriti iaitu Chef Wan yang turut berkongsi tempat di mana dia pernah membuat pengambaran suatu ketika dahulu. Malah warga maya turut berkongsi pelbagai perasaan di ruangan komen setelah melihat telatah comel 3 beradik ini.
nunofabrics.hq Nampak struggle nye tu 😂 tapi view cantek Subhanallah buat tambah semangat with the kiddos ❤️👏
_chefwan58 Hee hee tu dia siap berus gigi lagi…so cute the kids…have a wonderful vacation up there…that city reminded of my caravan parking betul2 depan Gereja tu on my BBC 2 TV serie ” East Bites West”…I think I make Satay on the show masa tu.😂
kakchambh Bestnya Alif cuti2 mcm ni 😍😍😍 enjoyyy… and stay safe ❤️
Luluh hati seorang ibu apabila mengetahui bayinya berusia tiga bulan meninggal dunia di tangan suami sendiri pada 4 Oktober 2022 apabila ditemui terbaring di katil rumah di Mukim Padang Hang, Alor Setar.
Menerusi laporan Berita Harian, ibu mangsa dikenali sebagai Kamalia, 22, memberitahu yang bayinya dianiayai suami setelah dia melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan dipukul lelaki terbabit yang juga seorang penagih dadah.
Kamalia turut membuat laporan polis sebelum menumpang di rumah saudaranya kerana takut dengan suami yang mengancam mahu membunuhnya.
“Saya terpaksa meninggalkan tiga anak, masing-masing dua perempuan berusia setahun dan enam tahun serta bayi lelaki yang baru berusia tiga bulan.
Sejak itu, hampir setiap hari saya ke balai polis untuk meminta pertolongan supaya anak-anak diselamatkan kerana bimbang sikap panas baran serta suami yang mungkin bertindak luar kawalan berikutan berada bawah pengaruh dadah,” katanya.
Bayi sudah meninggal atas katil rumah
Tambah wanita itu, selepas beberapa hari meminta tolong dan merayu kerana bimbang akan keselamatan anak-anak, pihak polis telah datang ke rumahnya sebelum dia menghubungi mengatakan suaminya sudah ditahan serta dia juga dipanggil ke balai polis.
“Sebaik tiba di balai polis, saya dimaklumkan bayi lelaki ditemui meninggal dunia atas katil dalam bilik rumah dan ketika itu saya sudah tidak mampu berfikir.
“Bagaimanapun, saya dimaklumkan dua lagi anak diserahkan kepada keluarga mentua untuk dijaga buat sementara waktu,” katanya.
Sikap baran sejak awal kahwin
Jelas Kamalia lagi, sejak berkahwin pada 2019, suaminya sudah menunjukkan sikap baran dan cemburu buta serta sentiasa bersangka yang dia mempunyai hubungan dengan orang lain.
“Saya mengesyaki suami berperangai begitu kerana dia berada di bawah pengaruh dadah, malah saya pernah menerima 27 jahitan di kepala akibat dipukul, mata dicungkil dan ditikam tangan serta peha.
“Semua itu berpunca daripada sikap cemburu suami sedangkan sejak kahwin saya hanya berada di rumah yang turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dipasangnya bagi memantau pergerakan saya,” katanya.
Minta isteri jadi penjamin beli motosikal kuasa besar
Punca dia melarikan diri baru-baru ini adalah disebabkan tindakan suaminya mahu membeli motosikal berkuasa besar, namun dia diminta menjadi penjamin.
“Pemilik kedai memberitahunya yang isteri boleh dijadikan penjamin, namun ketika pulang rumah suami mempertikai dan menyoal kenapa saya perlu menjadi penjamin untuknya.
“Suami mula membuat pelbagai tuduhan terhadap saya sebelum berlaku pertengkaran sehingga dia memukul kepala dan mengugut mahu membunuh saya,” katanya.
Positif methamphetamine
Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad memaklumkan yang suspek berusia 28 tahun sudah ditahan dalam serbuan dilakukan di rumahnya jam 2.50 petang semalam.
“Ketika serbuan, polis menemui mayat seorang bayi lelaki dan pemeriksaan lanjut mendapati suspek turut positif methamphetamine.
“Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku memukul kepala, menampar muka serta memulas telinga mangsa kerana mendakwa bayi terbabit enggan minum susu dan kerap menangis.
Selain itu, suspek turut mendakwa dia tahu bayinya itu sudah meninggal dunia dua hari sebelum ditahan.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Masa yang dinanti telah tiba! Harga emas sedang meningkat, menandakan peluang terbaik untuk menambah koleksi barang kemas atau melabur untuk masa depan. Bagi yang...