Tak Mahu Baby Leslar Terkesan Emosinya, Pakar Sarankan Lesti Kejora Tukar Nama Anak!

Share

Kemelut rumah tangga penyanyi popular Indonesia, Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar sudah pastinya meninggalkan kesan yang paling mendalam bukan hanya buat Lesti bahkan bayinya sendiri.

Belum pun sampai usia dua tahun perkahwinan, bahtera rumah tangga keduanya ditimpa badai.

Tidak mahu ibu cantik manis ini terkesan dengan hari-hari yang perlu dilaluinya, seorang pakar holistik turut memberikan pandangannya tersendiri.

Lebih-lebih lagi ditambah pula dengan Lesti yang membesarkan bayi sulung mereka, Muhammad Leslar Al Fatih Billar yang kini baru berusia 9 bulan.

Pakar Holistik itu, Ni Kadek Hellen Kristy Winatasari menyarankan agar Lesti menukar nama anaknya yang merupakan gabungan namanya bersama suami jika tidak mahu terus terkesan dengan situasi hebat itu.

 

Terdahulu, nama Baby Leslar diambil daripada nama ibu dan bapanya, Lesti dan Billar yang mana ia merupakan saranan daripada peminat keduanya.

Melihat apa yang berlaku hari ini, pakar berkenaan bimbang jika si kecil itu akan mengalami trauma ketika membesar dengan nama tersebut.

Bahkan menurutnya lagi, penggunaan suku kata akhir nama bapanya itu juga bakal berkemungkinan menjadi beban hebat buat Baby Leslar di masa hadapan kelak.

Terdahulu, Lesti membuat laporan polis selepas dipukul oleh suaminya yang didakwa berlaku curang beberapa hari lalu.

Lesti yang tercedera segera mendapatkan rawatan dan membuat laporan polis sebaik menerima nasihat daripada keluarganya.

Semoga ada jalan terbaik buat kedua-duanya dan apa yang lebih penting lagi adalah memberikan ruang dan persekitaran yang sihat dan positif untuk Baby Leslar untuk membesar dengan baik.

Menarik: Wow Luar Kotak, Terbaik Parents, Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan Terapung Memang Kreatif!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Sumber: Portal Suara Dot Com

Published by
SRM