Semua anak suka bermain dan ada kecenderungan mereka masing-masing. Setiap anak mempunyai minat mereka sendiri. Pernahkah anda melalui pengalaman membeli permainan yang sama untuk anak, kemudian salah seorang tidak terlalu teruja dengannya?
Artikel Menarik: [Anak Suka Berlari, Tak Boleh Duduk Diam & Jalan Berjengket Lakukan Urutan Tapak Kaki]
Sebenarnya minat anak-anak ini mempunyai maksud di sebaliknya. Kecenderungan mereka terhadap sesuatu jenis permainan boleh memberitahu kepada ibu ayah tentang personaliti anak anda.
#1 ANAK SUKA DINOSAUR
Anak yang suka dinosaur mempunyai daya berfikir yang kuat. Dia akan menghafal nama-nama dinosaur dan ini menunjukkan mereka seorang yang cekap, pintar dan pantas.
#2 ANAK SUKA BULLDOZER
Anak yang meminati permainan ini mempunyai daya ketahanan diri yang kuat. Seorang yang lasak dan suka berdikari. Jika anak suka tengok bulldozer yang sebenar, dia menunjukkan minat terhadap perkara teknikal.
Biasanya anak perempuan yang mempunyai keperibadian yang lembut, manja dan sukakan kecantikan. Anak yang sukakan permainan ini berminat dengan seni dan kreatif.
Bijak menghafal dan sukakan teori. Jika diasah minatnya ini, dia cenderung untuk menjadikan bidang ini sebagai pilihan kerjaya sama ada kejuteraan atau menjadi anak kapal.
Anak yang ceria dan mudah mesra. Mereka juga cenderung pada bidang automotif dan mesin.
#6 ANAK SUKA PERMAINAN MASAK
Seorang yang penyayang, bertanggung jawab dan sensitif. Selalunya suka berimaginasi dan jika disokong oleh ibu ayah boleh menjadikan mereka lebih bertanggung jawab.
Artikel Menarik: [Jangan Biar Anak Main Sorang, Anak Jadi ‘Bijak Berfikir’, Jika Ibu Bapa Turut Serta]
Anak yang cepat matang dan suka menolong orang. Jika dipupuk minatnya ini, dia akan membesar sebagai individu yang disayangi ramai.
Seorang yang kreatif dan meminati teori. Dia cenderung menjadi pemuzik atau bekerja dalam bidang profesional seperti doktor, peguam dan lain-lain.
Berjiwa besar dan berminat dengan bidang pertahanan. Juga sukakan cabaran.
Sumber: Eddy Rusdi via Teacher Collection