Isteri mana yang tidak meninginkan anak apabila sudah berkahwin? Setiap wanita pasti mengimpikan rahim mereka dihuni anugerah indah dari Allah SWT. Begitu juga dengan pasangan ini. Berkahwin lebih dari 10 tahun dan masih tidak berpeluang untuk menimang zuriat sendiri.
Sehingga pernah terdetik dalam hatinya, mencemburui wanita lain yang mempunyai anak. Pernah juga terlintas untuk menculik anak orang lain. Begitulah tekanan yang dirasai wanita ini kerana terlalu mengimpikan mempunyai anaknya sendiri. Ikuti kisah penuh inspirasi pasangan ini.
Arnie Hamzah & Mohd Arif Kadir
Zuriat
(kisah benar)
Assalamualaikum. Mohon siarkan ya . Sekadar inspirasi untuk yg lambat dpt cahaya mata Saya bernikah pada tahun 2005. Zuriat ? Ya, anak penyeri rumahtangga. Semua wanita impikan. Mimpikan. Inginkan. Begitu juga saya dan suami. Keluarga sikit tak kisah, bagi mereka itu semua Allah yg punya kuasa. Tapi tidak bagi saya, saya sangat teringin zuriat sendiri. Begitu juga suami. Suami sering ingatkan saya, “Sabar ya Sayang.”
Pernah Terfikir Nak Culik Anak Orang
Saya seperti wanita mental bila menjelang 10 tahun perkahwinan, air mata peneman, sejadah bersiram air mata setiap hari, saya sangat cemburu dgn wanita yg melahirkan zuriat, bila kawan2 bersalin, saya balik rumah dah kurungkan diri berhari2.
Ads
Allah, dimana silap saya sampai begini saya diuji. Allahuakhbar. Rapuhnya iman saya bila saya mula terfikir nak culik anak orang. Pelbagai cacian hinaan saya tempuh. Alasannya sebab tak ada zuriat. Bermacam-macam mulut orang cakap pasal saya. Semua tu saya rasa tertekan sampai rasa malasmenghadap orang.
12 Tahun Berkahwin, Tak Pernah Putus Asa Berdoa
Hari berganti , saya tak bercampur masyarakat, hanya pergi balik kerja, begitulah sehingga 12 tahun usia perkahwinan. Doa sedetik tak pernah putus dlm hati. Sangat teringin utk jadi ibu, punya janin di dalam rahim. Sampai kan saya pernah berdoa, “Ya Allah, bagilah peluang pada hamba-Mu ini untuk merasa nikmat menjadi ibu, Allahuakhbar .. 😭😭😭
Buat Rawatan Mengurut Dengan Kak Sutera Ayu
Mulalah perjalanan ku selama 4 thn pindah ke rumah baru. Aku berjumpa dengan bidan terbaik kakak tersayang Sutera Ayu yg rajin mengurut ku 1bln 2x. Sehinggalah perjalanan periodku, sakit tulang belakangku semuanya jadi normal. Setiap hari saya menunggu dah 13 tahun, sehingga saya jatuh sakit. Allah, dugaan. Saya reda andai ini bahagian saya.
Ads
Minum Air Nenas 1 Gelas Besar
Saya ke klinik utk terima rawatan, ambil darah, urin test. Doctor dtg kepada saya sambil tanya, “Puan sekarang umur berapa?”. Saya jawab 32. Doctor senyum , dia beritahu saya hamil. Siap sy taya betul ke test tue saya punya. Doktor cakap saya yang pergi ambil urin tadi kan? So saya punyalah. Padahal pada bln 7 saya check upt negatif …jadi bln 8 says tak check upt tp sy minun satu gelas besar air nenas fresh utk keluarkan period.
Rezeki allah nk bg jugak bertapa kuatnya kandungan saya masa tu. Dengan serta merta, bergenang air mata saya .. Allahhuakbar, ya Allah .. Allah maha berkuasa. Alhamdulillah. Habis segala puji utk Allah . Ya, saya disahkan hamil 2 bulan.
Perasaan saya, melangkah keluar klinik diri rasa di awangan, rasa mcm mimpi. Memandu pulang dlm keadaan gigil. Sampai rumah saya kaku, diam sampai suami saya pulang. Saya ajak suami berjemaah, dia kata nanti abg mandi dulu.Selesai solat, saya pegang tangan suami, saya tatap mata dia, tapi suami seperti biasa “Sabar ya sayang, Allah belum beri kita rezeki.”
Saya dpt lihat air mata suami walau dia cuba sembunyikan. Saya genggam tangan dia, saya cakap, “Abg, sayang mengandung 2 bulan.” Sepantas kilat terkeluar dari mulut suami, “Betul ke syg ? Betul? Syukur ya Allah.” Tinggi suami menadah tangan mensyukuri rezeki Allah. Berderai air mata kami suami isteri.
Ads
Alhamdulillah, Dikurniakan Cahaya Mata
Kandungan saya tiada masalah, Alhamdulillah now dh 9 bln kandungan. Tengah tgu masa je utk melahirkan zuriat & amanah dari Allah SWT.
Satu je pesanan saya, kepada teman2 yg belum dikurniakan zuriat. Bersabar ah wanita di luar sana pasti ada rezeki zuriat cuma cepat @ lambat jee. Yakin berdoa & usaha, pasti akan tercapai niat anda.
Dikau segalanya bagi umie dan abie Alhamdulillah… 😊💞 Now anak dh berusia 1 thn.
Jika anda ada sebarang cerita dan pengalaman yang mahu dikongsikan, sila klik KONGSI CERITA.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecomelan Bunga Elhaq sering mencuri perhatian warganet bahkan banyak foto atau video anak Elisya Sandha ini dikongsikan oleh ibunya melalui laman Instagram.
Bukan itu saja, cucu kepada pelakon serta pengarah drama terkenal, Sheila Rusly, ini juga selalu menghabiskan masa bersama Nanna yang sangat menyayanginya.
Meninjau ke laman Instagram Elisya Sandha, dia telah memuatnaik sebuah video ketika menyambut enam bulan kelahiran Bunga. Di dalam video itu dapat dilihat Bunga diletakkan dalam baby chair dan Elisya menyediakan sepotong kek di hadapan anaknya itu.
Kemudian Elisya menyusun enam batang lilin dan kemudian menyalakannya. Simbolik enam batang lilin untuk menandakan Bunga kini sudah genap enam bulan.
“Meraikan enam bulan menjadi ibu kepada kamu Bunga. Dah setengah tahun, begitu cepat masa berlalu. Semoga Bunga membesar menjadi anak yang baik dan solehah. Amin..”
Berikut adalah komen yang ditinggalkan warganet;
Apa yang menjadi perhatian adalah reaksi comel Bunga apabila melihat kek dan lilin tersebut. Seolah-olah memahami sambutan itu untuk dirinya, jelas kelihatan wajah Bunga yang teruja!
Pemergian seorang isteri yang sedang sarat hamil selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya disebabkan mengelak seekor ular melintas di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang (Jalan Jeniang-Sik-Pedu), 4.30 petang Rabu lalu sangat dirasai oleh ahli keluarganya.
Ini kerana wanita tersebut disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan dan muka namun bayi dalam kandungannya berjaya diselamatkan selepas mangsa segera dikejarkan ke Hospital Sik.
Due sepatutnya 29 Oktober
Menerusi laporan dari Harian Metro, ibu kepada mangsa, Nor Hidayah Abdullah, 27, iaitu Arbaiyah Hamzah, 46 memaklumkan sepatutnya anak perempuannya itu melahirkan anak kedua pada 29 Oktober ini, namun ajal lebih tiba menjemputnya.
“Mengikut jangkaan, arwah sepatutnya melahirkan bayi keduanya pada 29 Oktober ini namun apakan daya, semuanya sudah tertulis apabila dia terbabit dalam kemalangan Rabu lalu namun bayinya berjaya diselamatkan,” kata.
Difahamkan, bayi lelakinya berjaya diselamatkan selepas pembedahan dilakukan dengan segera di Hospital Sik kerana Nor Hidayah telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Keluarga tak tahu arwah pergi jemput adik di sekolah
Tambah, Arbaiyah lagi, anak dan menantunya menetap di Pulau Pinang namun sekitar September, allahyarham telah pulang ke kampung untuk berehat sebelum menanti untuk melahirkan anak keduanya.
Allahyarham juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kemalangan namun dilihat lebih banyak berkurung di dalam bilik dan telah keluar mengambil adiknya dari sekolah tanpa pengetahuan keluarga setelah pulang dari pemeriksaan kandungan di klinik.
“Saya tak nampak langsung perubahan arwah sebelum ini kerana dia banyak duduk dalam bilik.
“Cuma pada hari kejadian kami tidak tahu dia pergi menjemput adik perempuannya berusia 16 tahun pulang dari sekolah selepas selesai membuat pemeriksaan kandungan di klinik kesihatan berhampiran,” katanya.
Tiap kali scan tak nampak jantina anak
Dalam pada itu itu, Allahyarham juga masih tidak tahu tentang jantina anaknya kerana tidak kelihatan jantina bayi setiap kali melakukan imbasan sehinggalah dia meninggal dunia.
“Arwah pun tak tahu jantina anak dalam kandungannya kerana setiap kali dia menjalani imbasan, jantina bayi itu tidak kelihatan.
“Lepas ni makcik akan jaga bayi ini bersama anak sulung arwah, Nur Hanan Askayra Afnan Alif, 2 , sebagai pengubat rindu,” katanya.
Status FB jadi tanda tanya
Bapa kepada wanita terbabit juga sempat menceritakan satu status Facebook yang pernah dibuat oleh anaknya itu pada 2020 dimana mengatakan yang dia akan mendapat seorang anak perempuan dan akan mempunyai dua orang cahaya mata pada tahun 2022 sebelum pergi setelah 44 hari melahirkan.
“Saya tak tahu apa maksud status yang dimuatkan oleh arwah tetapi kami sekeluarga reda dengan pemergiannya,” katanya.
Jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Beris Jaya, Sik.
Ibu mana yang tidak terkesan bila mana anak cedera hingga terpaksa menjalani pembedahan kecil. Rasa sayu dan sedih melihat anak terpaksa menanggung kesakitan.
Minggu lalu penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza berkongsi kisah Aafiyah yang terpaksa menjalani pembedahan kecil di bahagian dagunya selepas jatuh dari skuter.
Enggan kejadian yang sama berulang lagi sekali pada Aafiyah mahupun adiknya, Afwa, Dato’ Siti terus membuat skuter tersebut.
Hal itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi kesayangan ramai itu menerusi satu sesi live di Instagramnya.
“Selepas kejadian itu saya terus buang skuter tersebut kerana takut terjadi kepada Afwa pula,” kata Siti selepas mendakwa dia turut dimarahi suami.
Mengimbau cerita mengenai tragedi itu, Siti memberitahu dia terdengar anak perempuannya meraung dan menangis ketika sedang bersiap- siap untuk menghadiri satu acara.
“Sebenarnya sudah lama saya beli skuter tersebut dan kerap juga Aafiyah bermain tetapi hari itu memang ditakdirkan dia terjatuh.
“Masa saya tengah bersiap saya dengar suara Aafiyah menangis meraung kesakitan.
“Saya turun tengok dagu dia, yang ini mesti kena jahit ni sebab dalam. Nasib baik tak panik tengok darah,” ceritanya.
Namun kejadian berkenaan telah membuatkan Datuk K marah kerana membenarkan anak bermain skuter tanpa memakai alat pelindung keselamatan.
“Reaksi Datuk K apabila Aafiyah terjatuh skuter pada hari itu memang (buat) saya kena marahlah.
“Tetapi saya senyap sahaja sebab sedar (insiden) berlaku atas kesilapan saya juga.
“Sebelum Aafiyah main, dua hari sebelum tu dia (Datuk K) dah pesan jangan bagi anak main. Tak ada safety tu, tak pakai topi keledar,” kongsinya.
Selepas kejadian itu, dia terus membuang skuter tersebut kerana bimbang kejadian yang sama akan berulang pada anak lelakinya, Muhammad Afwa yang berusia hampir dua tahun.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.