Di saat perasaan berdebar dan takut menanti kehadiran orang baru, hanya doa ibu mengiringi perjalanan kehamilan. Apa yang diharapkan dari seorang ibu, biarlah anak yang dilahirkan selamat, sihat dan sempurna.
Namun sebagai ibu, ada yang bernasib baik mengandung tanpa alahan teruk, ada yang dari awal kehamilan hingga saat nak melahirkan pun masih lagi berulang alik ke hospital dan ada alahan. Tetapi semua itu dilalui dengan penuh sabar.
Kisah yang menyayat hati perkongsian Dr Redza Zainol ini mengenai besarnya pengorbanan ibu sehingga syahid ketika melahirkan anak benar-benar membuktikan hebatnya wanita bergelar ibu.
Pagi Sabtu yang tenang itu bertukar menjadi cemas selepas saya dapat panggilan dari Jabatan Kecemasan.
“O&G nak buat perimortem caesar di Red Zone.
Minta doktor turun sekarang, bayi baru 34 minggu dalam kandungan.”
“Caesar di Red Zone?”
Sungguh saya tercengang. Terus saya berlari ke bilik sebelah dan maklumkan pada jururawat.
Saya bersama seorang lagi doktor sambung berlari ke Jabatan Kecemasan. Semuanya mesti pantas.
Sampai saja kami di Red Zone, seorang jururawat menjerit, “Paeds dah sampai!”
Saya macam tak percaya.
Keadaan di situ begitu kecoh, seolah-olah saya berada di medan perang. Ada seorang doktor sedang membuat CPR pada ibu itu. Tiub pernafasan pula sedang disambung ke mesin bantuan pernafasan oleh seorang doktor yang lain.
Staf kesihatan yang lain pula sedang menyiapkan tempat untuk pembedahan segera.
Ads
Doktor bius dan doktor O&G dah sampai dan pembedahan kecemasan ini akan bermula pada bila-bila masa.
Ini pengalaman pertama saya melihat caesar dibuat di luar bilik pembedahan.
Ibu ni baru saja tiba di tempat letak kereta sebelum tiba-tiba pengsan di hadapan hospital.
Bila tiba di Jabatan Kecemasan, denyutan jantungnya sudah berhenti.
Jantung bayi dalam kandungan pula semakin lemah. Doktor O&G buat keputusan untuk keluarkan bayi dengan segera.
Syukurnya, bayi itu selamat. Sebaik saja keluar, dia terus menangis. Namun saiznya yang masih kecil dan pramatang, saya bawa bayi tu ke NICU (wad rawatan intensif bayi) untuk rawatan selanjutnya.
3 minggu berjuang di dalam NICU akhirnya bayi ini discaj. Dibawa pulang oleh ayahnya sebagai seorang anak yatim.
Mati, ajal dan maut ini semua kerja mutlak Tuhan. Selagi kita ada peluang, hargailah isteri lebih-lebih lagi ketika dia sedang mengandung.
Ads
Melayan isteri, meneman isteri, bantu meringankan beban isteri yang sedang mengandung adalah kerja mulia.
Itu semua dibuat atas dasar tanggungjawab. Bukan sebab isteri mengada-ngada, nak bermanja atau tak pandai berdikari.
Antara contoh layanan baik pada isteri:
✔️ Ambil tahu tentang keadaan kesihatan isteri semasa mengandung.
– Penyakit apa yang dihadapi.
– Ubat apa yang isteri perlu ambil setiap hari.
– Apa makanan yang sesuai untuk kesihatan isteri.
✔️ Temankan isteri untuk datang temujanji di hospital atau di klinik kesihatan.
– Keberadaan suami sangat membantu menenangkan emosi isteri.
– Jaga riak wajah kita supaya tak nampak seperti isteri sedang menyusahkan suami.
✔️ Ambil alih kerja-kerja di rumah.
– Termasuk jagakan anak-anak yang lain.
– Isteri yang tengah sarat, perlukan rehat yang lebih.
✔️ Jadi pendengar yang baik.
– Ada masa yang dia rasa tak selesa atau sakit.
✔️ Jadi lebih sensitif dengan keadaan isteri.
– Perubahan hormon dalam badan isteri, buatkan mood dia selalu berubah.
– Isteri sangat bersyukur bila suami berusaha untuk cuba fahami kehendak isteri.
Ads
✔️ Mengurut pinggang dan kaki isteri.
✔️ Ucapkan pada isteri yang dia cantik setiap hari walaupun bentuk badannya dah banyak berubah.
Layanlah isteri sebaik mungkin. Hari ni dia ada, esok lusa mungkin dia dah tiada. Temankan dia ke mana saja yang kita mampu. Buat apa saja yang terdaya.
Kerana apa yang dia dah buat untuk keluarga kita tiada bandingannya.
Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada pasangan suami isteri yang lain. Moga ada yang dapat manfaatnya.
Jemput follow FB saya supaya tak terlepas info kesihatan kanak-kanak percuma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Inginkan anak yang lebih aktif, kreatif dan juga lebih sihat? Caranya mudah sahaja kurangkan waktu anak-anak anda menonton televisyen atau bermain dengan gajet mereka. Zaman sekarang kalau tak ada gajet tak tengok tv boleh jadi katak bawah tempurung. Tapi terlalu sangat didedahkan dengan alat-alat elektronik pun tak bagus juga untuk kesihatan mereka. Ketahui tip untuk anda kurangkan aktiviti mereka di hadapan televisyen dan juga gajet, siapa tahu dapat membantu:
1. Libatkan anak anda dalam aktiviti seperti membuat kerja rumah, sediakan makan malam atau sebagainya. Anak anda boleh membantu suami membasuh kereta atau tolong ibu bacakan resipi untuk hidangan makan malam nanti.
2. Berikan tugas kepada anak-anak anda di rumah ketika mereka punya masa lapang. Contohnya siapkan sebuah lukisan atau membuat aktiviti seni kraf. Ia dapat membantu mereka untuk serlahkan bakat sekaligus mengajar mereka untuk bertanggungjawab atas arahan yang telah diberikan.
3. Bermain dengan mereka permainan yang menyeronokkan sama ada di laman rumah atau di dalam rumah. Permainan papan, kad dan juga teka atau mengeja tentu menggembirakan mereka. Bermain bola di luar rumah atau badminton juga pasti buat mereka lebih ceria. Ia juga baik untuk kesihatan anda sekeluarga.
4. Anda juga perlu kurangkan penggunaan gajet. luangkan masa bersama anak-anak dan bukan hanya tumpukan perhatian terhadap facebook, instagram, twitter dan blog sahaja. anak-anak juga perlu dilayan bercakap supaya mereka rasa lebih dihargai.
5. Tanya anak apa yang mereka ingin buat selain menonton. Berikan mereka pilihan yang tepat supaya perhatian dapat dialihkan daripada menonton televisyen atau menatap gajet yang ada. Ke taman di waktu petang atau bermain layang-layang tentu mengujakan mereka.
6. Jemput rakan-rakan mereka bermain di rumah. Kanak-kanak memerlukan banyak peluang dengan rakan-rakan untuk membangunkan kemahiran sosial asas mereka dan seluruh urusan kompetensi sosial. Bermain dengan rakan-rakan, menendang bola, bermain sorok-sorok merupakan kunci untuk kanak-kanak membesar dengan kreatif dan penuh inspirasi.
7. Pastikan anda punya masa bersama keluarga selain makan, anda juga boleh menari bersama di rumah, menyanyi atau pelajari bahasa baru bersama. Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan anda dan anak-anak malah anda sekeluarga juga dapat menambah ilmu. Pasti menyeronokkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebelakangan ini kebanyakan ibu bapa akan memilih carrier untuk bawa anak dengan tujuan untuk mudah bawa berjalan. Ye betul memudahkan tetapi adakah carrier itu selesa dan sesuai untuk anak?
Memang banyak pilihan carrier dengan pelbagai jenama tetapi sejauh mana carrier tu sesuai dengan anak kecil kita. Ramai ibu bapa tak tahu kesilapan menggunakan carrier ini.
Perkongsian dari Farah Soraya ini boleh memberi panduan penggunaan carrier yang betul.
Lately ni banyak betul jumpa parents yang carry anak dalam carrier non ergonomic and facing forward . Ramai parents yang belum sedar atau tak tahu yang non ergonomic carrier and facing forward macam dalam gambar ni tak sesuai and tak elok untuk baby .
Pagi tadi terjumpa satu family, bapanya pakai carrier tapi baby facing forward mcm tergantung position baby tu . Kalau lah baby kecil tu boleh bercakap mesti dia akan bagi tahu yang dia tak selesa dengan position macamtu .
Kita dulu pun zero knowledge bab carrier ni semua . Ada jugak beli carrier hipseat which is kita fikir ohh mesti baby selesa duduk dalam ni . Bila dah belajar gali ilmu rupanya hipseat tu tak sesuai untuk baby . Tulang baby tu dah la lembut . Kesan penggunaan jangka masa panjang boleh effect tulang belakang baby .
Kadang kalau ternampak dekat airport memang kita hati kering je tegur and bagi tahu parents . So far semua okay and ada jugak yang cakap saya tak tahu pun. Those yang tak tahu tu ok la tak apa . Mana yang dah tahu tapi still do the same way harap dapat ubah cara . Kadang rasa macam nak je buat flyers regarding ergonomic carrier and the best position to carry your baby in carrier.
Hip seat carrier tak disarankan untuk pakai ye. Carilah carrier yang ergonomic . Sekarang ada macam macam jenis ergonomic carrier dengan harga mampu milik . Carrier aisy yang mommy pakai sekarang pun mommy beli preloved je . Atau boleh sewa dulu sebelum beli . The best position baby dalam carrier mestilah M shaped . Kalau kaki baby terlunjur tergantung memang tak boleh ye .
So parents , please lah aware and prihatin tentang kedudukan bayi di dalam carrier . Kesian baby duk dalam carrier tapi tak selesa. Rajin-rajinkan diri gali ilmu and search apa tu hip dysplasia. Jangan sebab nak harga murah tapi lupa tentang keadaan dan keselesaan bayi sendiri .
Antara carrier yang ergonomic parents boleh cari and beli is cuddle me , tugeda , nana (rasanya yang ni harga mampu milik) . Nak yang mahal lagi ada ergobaby dan lain lain.
Boleh jugak join group Malaysian Babywearers Malaysian Babywearers (Official) utk gali ilmu ttg baby wearing .
Disclaimer : Saya tak jual carrier . Saya cuma berkongsi info sahaja.
Bila anak kita menangis terlanggar kerusi, tersepak batu atau apa saja, kita selalu memujuk anak dengan menyalahkan objek-objek berkenaan. Tapi tanpa kita sedari kita mendidik anak untuk menyalahkan orang lain.
Kita nampak hal ini seakan remeh dan mudah namun banyak kesannya dalam perkembangan anak itu sendiri. Kita sepatutnya menjadi lebih pemaaf.
Perkongsian Muhammad Hassan ni banyak benarnya. Salah cara kita mendidik, kononnya dan pujuk anak. Tak mengapa, lepas ni kita sama-sama tukar cara.
PUNCA ANAK SUKA SALAHKAN ORANG LAIN
Pesan saya kepada isteri. Jika anak jatuh tangga, tersadung lantai biasanya anak akan menangis. Dan kebiasaan kita akan marah tangga, marah batu untuk senyapkan anak.
Sebenarnya ini salah, kita telah ajar anak untuk menyalahkan orang lain jika lakukan kesalahan. Kena rotan cikgu nanti mereka akan salahkan cikgu, rosakkan barang orang lain nanti dia mengatakan barang dah nak rosak.
Sebenarnya perbuatan di atas kita telah didik psychology anak untuk memberi pelbagai alasan jika gagal. Gagal jawab exam anak salahkan soalan, gagal temuduga anak salahkan bakal bos, gagal dalam perkahwinan anak salahkan pasangan. Akhirnya mereka tidak sedar ego sedang menguasai diri.
So kepada ibu bapa hentikan salahkan perkara lain untuk menenangkan anak, sebaliknya didik anak untuk memaafkan orang lain hatta memaafkan tangga, batu, kucing, adik, abang atau sesiapa pun.
Sifat pemaaf buatkan anak-anak sayang semua orang.
Moga bermanfaat.
Kredit: Muhammad Hassan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.