Kejadian penemuan bayi lelaki di belakang rumah tular apabila bayi tersebut ditinggalkan bersama sekeping NOTA yang dipercayai ditulis oleh ibunya. Ringkasan daripada nota tersebut, ibu bayi itu merupakan ibu tunggal dan terpaksa meninggalkan bayinya kerana tidak mampu untuk menjaganya.
Lelaki berusia 25 tahun menemui bayi yang ditinggalkan atas meja di belakang rumah mereka di FELDA Palong 8, Jempol malam tadi.
Sekeping Nota Bersama Bayi
Ads
Akibat terkejut dengan kejadian tersebut, lelaki itu terus memanggil ibunya. Mereka memeriksa bayi tersebut dan didapati masih hidup. Namun mereka dikejutkan lagi dengan NOTA yang ditinggalkan bersama bayi tersebut.
“SAYA minta tolong jagakan budak ini sampai besar. Saya tak mampu jaga sebab saya ibu tunggal. Tolong jangan hantar ke kebajikan/pengasuh. Saya amanahkan kepada keluarga ini untuk jaga anak ini. Saya hanya mampu tengok dari jauh. Nama ‘baby’ ini Farish Azwan.”
Ads
Itu nota ditulis pada kertas yang ditinggalkan bersama bayi lelaki ditemui di belakang rumah di FELDA Palong 8 di Jempol, malam tadi.
Bayi Dibawa Ke Hospital Untuk Rawatan
Selepas itu mereka terus menghubungi pihak Polis. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, bayi yang masih hidup itu ditemui 10.15 malam oleh penghuni rumah yang keluar untuk mengambil barang di dalam kereta.
Ads
Muhd Nur Hishamuddin berkata, bayi itu dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan.
Menurutnya, bayi terbabit akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya. Beliau berkata, polis sedang giat mengesan ibu kepada bayi itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Pemergian pengasas Dnars, Faziani Rohban Ahmad, pada Sabtu lalu satu kehilangan yang amat besar kepada dunia perniagaan produk kosmetik di negara ini.
Kesedihan sudah pastinya menyelubungi keluarga allahyarham usahawan kosmetik berusia 40 tahun itu terutama suami dan lapan anak mereka.
Suami allahyarham iaitu Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, berkata, beliau reda dengan ketentuhan Ilahi meskipun merasakan pemergian isteri tercinta terlalu awal.
Mengakui pada awalnya berasa bersalah kerana kemalangan berlaku apabila beliau terlelap seketika kerana penat, tetapi kini akur dengan suratan takdir.
“Memang pada awalnya saya rasa bersalah sebab terlelap sebelum kemalangan berlaku. Tapi ustaz-ustaz yang berjumpa saya memberitahu ia sekadar asbab atau sebab yang menyebabkan kemalangan itu.
“Setiap yang berlaku telah diaturkan dan ditakdirkan Allah. Walaupun merasakan terlalu awal beliau pergi, tapi saya reda,” katanya kepada mStar.
Arwah Beriya Mahu Serah Sumbangan Ke Rumah Anak Tahfiz
Rizal menyatakan rancangan untuk menyampaikan sumbangan ke rumah anak-anak tahfiz di Pattani, Thailand pada hari kejadian atas permintaan isterinya.
“Kebiasaannya kami menyalurkan sumbangan ke akaun bank mereka setiap tahun, tapi kali ini isteri saya minta untuk berjumpa dengan ustaz-ustaz dan anak-anak tahfiz di sana,” katanya sambil menambah kali terakhir mereka ke rumah anak-anak tahfiz itu pada akhir tahun lalu.
Sama ada dia tidak temani saya atau saya tidak menemani dia, itu luar biasa bagi orang sekeliling. Tapi, sekarang luar biasanya tak macam dulu, dia dah pergi meningggalkan saya buat selama-selamanya.
Menceritakan lebih lanjut kata Rizal, hubungan mereka begitu akrab sejak berkahwin sembilan tahun lalu, iaitu masing-masing perkahwinan kedua mereka dan mulai saat itu pasangan ini akan ada bersama walau di mana sahaja.
Beliau menambah, sebelum ini, ia bagaikan sesuatu yang luar biasa sekiranya salah seorang daripada mereka tiada di sisi masing-masing.
“Kami sering bersama ke mana-mana. Tapi, kalau saya atau arwah tak bersama sebab ada hal tertentu contoh kerana hal kerja, ia akan dilihat luar biasa kalau tidak ditemani antara satu sama lain.
“Sama ada dia tidak temani saya atau saya tidak menemani dia, itu luar biasa bagi orang sekeliling. Tapi, sekarang luar biasanya tak macam dulu, dia dah pergi meninggalkan saya buat selama-selamanya,” ujarnya.
Isteri & Ibu Bertanggungjawab
Menyifatkan Faziani seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab, Rizal berkata, arwah menjaga dan mendidik anak-anak kandung dan tiri secara sama rata.
Tambahnya, arwah isterinya mempunyai tiga anak kandung dan empat anak tiri daripada perkahwinan pertama masing-masing, selain anak kandung hasil perkahwinan mereka.
“Arwah tidak pernah membezakan layanan terhadap anak-anak kandung dan tiri, dia anggap anak-anak saya seperti anak-anak dia sendiri.
“Dia bukan saja isteri dan ibu kepada anak-anak kandung dan anak-anak tiri kami serta rakan niaga, malah juga teman untuk saya mengadu dan meluahkan perasaan. Sekarang saya dah tak ada teman lagi, terpaksa cuba membiasakan keadaan itu,” katanya dengan nada sebak.
Dalam pada itu, Rizal mendedahkan dia tidak dapat tidur sejak pemergian arwah isterinya pada Sabtu lalu kerana begitu merindui isterinya dan terpaksa bergantung kepada pil tidur.
“Rindu saya dengan isteri adalah rindu yang tidak berkesudahan. Tak dapat nak gambarkan perasaan rindu tu, saya cukup rindukannya.
“Tapi ustaz-ustaz yang datang ke rumah ada beritahu saya kalau saya rindu dia, maknanya itu adalah rindu yang berbalas.
“Satu kerinduan yang cukup manis. Masa tu, barulah saya dapat tenang sedikit dan akhirnya boleh tidur pada Selasa malam buat pertama kali,” katanya.
Pada Sabtu lalu, arwah Faziani yang merupakan pengasas produk kecantikan maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki bersama suaminya terlibat dalam kemala ngan dengan sebuah lori di Pattani, Thailand.
Dalam tragedi kira-kira pukul 10.45 pagi itu, suami isteri itu dalam perjalanan untuk menyerahkan sumbangan ke rumah anak-anak tahfiz di kawasan berkenaan.
Jenazah Allahy arham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar dekat Wakaf Bharu, di Tumpat, Kelantan, kira-kira pukul 10 malam Sabtu.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dilarikan perompak pada sekitar 7.45 pagi tadi (Isnin) telah berjaya ditemui. Kejadian berlaku apabila perompak berkenaan bertindak masuk dan melarikan kenderaan mangsa di mana kanak-kanak itu berada.
Diculik sebelum ke tadika
Memetik sumber daripada BH Online, difahamkan ibu kepada mangsa berhentikan kenderaan jenis Proton Exora di sebuah gerai untuk membeli kuih sebelum menghantar anaknya itu ke tadika di Cabang Tiga, Kemubu. Suspek lelaki itu kelihatan memakai pakaian berwarna kuning dan berkopiah, kemungkinan juga baru saja pulang dari masjid.
Terus masuk ke dalam kereta
Terbaru, kanak-kanak lelaki itu telah berjaya ditemui pada jam 10.00 pagi setelah ditinggalkan kepada seorang peniaga dalam keadaan selamat di belakang pasar raya di Kok Lanas.
Sementara itu, menurut Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah berkata suspek meninggalkan kanak-kanak itu kepada seorang peniaga gerai dengan alasan ibu mangsa akan mengambilnya nanti.
“Suspek kemudiannya melarikan diri bersama kereta jenis Proton Exora yang dirompak itu,” katanya.
Menurut Abdullah, ketika kejadian itu, enjin kereta dalam keadaan hidup dan anak lelaki mangsa yang berada dalam kereta dilarikan bersama-sama kenderaan yang dicuri suspek.
Sementara itu, bapa saudara mangsa, Che Azwadi Che Mud, 36, berkata anak saudaranya ditemui dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Alhamdulillah anak saudara saya sudah selamat dan kini masih berada di Balai Polis Kok Lanas,” katanya.
Dalam fasa nak membesar, memang perkara biasa kalau anak tantrum bila dia tak dapat apa yang diingini. Sebagai ibu ayah, kita memainkan peranan yang sangat penting untuk mengawal tingkah laku anak dalam keadaan yang tidak membuatkan mereka tertekan.
Boleh nak marah tapi tak keterlaluan. Boleh juga nak manjakan anak, tapi tidak semua perkara perlu kita ikutkan keinginan mereka. Sebenarnya tak muah nak handle situasi anak tantrum, lagi-lagi kalau mereka ‘berdrama’ di tempat awam.
Perkongsian ibu ini di akaun Tiktok tyqaheykaa mendapat perhatian warganet apabila ramai yang kagum dengan caranya memujuk anak yang sedang tantrum.
Menurut ibu ini, anaknya mahukan handphone tetapi dia sengaja buat tak faham. Perkara itu membuatkan anaknya mula menangis dan merengek.
“Meh tangan, okay bangun. Nak marah, rasa nak marah tapi kenaaa..??”
“Sabar.” (sambil urut dada)
“Sekali lagi, nak marah tapi kena?”.
“Barrrr..” (sambil urut dada)
“Betul aaa, jangan buat perangai. Nak marah, rasa nak marah tapi kena?”.
“Barrrr..” (sambil urut dada sekali lagi)
Yang menjadi perhatian adalah cara ibu ini menenangkan anaknya menggunakan trend yang popular di Tiktok.
Jelas dengar ketegasan dalam suara ibu ini tetapi tidak perlu menggunakan kekerasan untuk memujuk anak yang sedang mengamuk. Biarpun dalam keadaan seperti tak ‘puas hati’ dengan ibunya, adik ini tetap respon kepada soalan yang diajukan.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.