Yusuf Iskandar makin membesar dan pintar. Didikan yang diterima oleh ibu Hanis Zalikha menyerlahkan perkembangannya kini.
Yusuf Iskandar, buah hati cilik Malaysia ini semakin hari semakin cerdik. Si kecil yang bakal menginjak usia dua tahun pada 3 Jun nanti menunjukkan ciri-ciri perkembangan kanak-kanak yang cerdik, sesuai dengan usia.
Mama dan papa yang mempunyai anak yang seusia Yusuf bolehlah meniru cara Hanis ini dalam mengajar Yusuf menerusi bermain/ permainan dan pendekatan psikolgi yang berkesan. Sesuai untuk kanak-kanak 18 hingga 24 bulan.
SUDAH PANDAI MENYUAIKAN BENTUK
Nampaknya Yusuf sudah menguasai permainan manipulatif ini. Menyuai padankan bentuk dan warna dengan betul adalah perkembangan yang sangat bagus. Permainan shape sorter atar colour match seumpama ini amat berfaedah untuk melatih jari dan tangan, koordinasi mata tangan dan memperbaiki skil motor halus.
Wah Yusuf dan pandai mengenai gambar-gambar dalam bukunya! Malah dia juga menunjukkan minat untuk menggunakan buku sebagai sebahagian daripada permainannya. Membaca buku bergambar seperti ni membantu memperkaya perkataan dalam memorinya. Kanak-kanak seusia Yusuf boleh didedahkan kepada kira-kira 200 perkataan.
Anak kecil pintar ini juga boleh menggunakan sudu dan garpu dengan baik semasa makan. Melatih makan sendiri daripada awal dan pendedahan kepada permainan yang menajamkan koordinasi mata dan tangan amat baik dalam melatih kemahiran ini. In merupakan perkembangan kognitif yang baik bagi anak-kanak berusia 18 hingga 24 bulan.
Hanis memberikan arahan dengan suara yang tenang, nada tegas. Tidak garang apatah lagi meninggikan suaranya. Ini rahsia Yusuf mengikuti arahan ibunya dengan mudah dan seterusnya mendisiplinkan.
Yusuf pandai bersosial dan bermain dengan orang di sekeliling yang dikenalinya. Pendedahan dan bimbingan daripada awal memudahkan mereka bergaul.
Kanak-kanak seperti Yusuf pada usia 18 hingga 24 bulan lebih tertarik untuk bermain dengan kanak-kanak yang lebih tua daripadanya dan juga orang dewasa.
Siapa yang ada anak kecil tentu biasa dengan situasi ini. Anak menjerit dan meraung nak sesuatu serta-merta dan ibu ayah akhirnya terpaksa bagi kerana tak tahan melihat anak meraung dan berguling-guling.
Menurut Puan Noor Afidah Abu Bakar Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK) biasanya bila anak anda menjerit-jerit di pusat membeli belah kerana mahukan juga mainan yang dilihatnya. Kerana malu diperhatikan oleh orang sekeliling dan kerana hendak mendiamkan anak, anda mengalah dan belikan juga mainan tersebut untuk anak.
Anda sedang bersiap-siap untuk makan malam, anak kecil anda merengek kerana mahukan aiskrim dalam peti sejuk. Anda memujuknya untuk makan malam terlebih dahulu barulah boleh makan aiskrim sebagai pencuci mulut. Anak anda berterusan merengek dan terus menjerit kerana mahu juga aiskrim tersebut. Disebabkan rimas dengan jeritan anak, anda mengalah dan berikan juga aiskrim. Anak akhirnya ‘kenyang’ dengan aiskrim dan tidak makan makanan yang sepatutnya.
Adakah anda biasa dengan situasi ini?
Tahukah anda konsisten dan berpegang teguh dengan kata-kata dan peraturan yang telah anda tetapkan dan biarkan anak menunggu jika mahukan sesuatu adalah skil yang sangat penting diterapkan sewaktu anak masih kecil?
Ini adalah berkaitan dengan kawalan diri (self control) dan kepuasan tertunggak (delayed gratification) anak anda.
Pada tahun 1960an dulu, sebuah kajian yang dikenali sebagai “Marshmallow Test” telah dijalankan oleh seorang pakar psikologi terkenal, Walter Mischel, dari Stanford University” Amerika Syarikat untuk mengkaji kawalan diri kanak-kanak peringkat pra sekolah. Kajian ini berterusan selama berpuluh-puluh tahun.
Dalam eksperimen ini, setiap kanak-kanak dihidangkan dengan sebiji ‘marshmallow’ yang diletakkan di hadapan mereka. Kanak-kanak yang berjaya mengawal diri dari memakan marshmallow tersebut dalam jangkamasa 20 minit yang ditetapkan akan diberikan sebiji marshmallow tambahan sebagai ganjaran.
Kanak-kanak ini ditinggalkan keseorangan dalam bilik bersama ‘marshmallow’ tersebut. Ada kanak-kanak yang tidak dapat menunggu dan ada yang sabar menunggu dan mendapat ganjaran yang dijanjikan.
Dalam kajian susulan yang dibuat berpuluh tahun kemudian, kanak-kanak “Marshmallow Test” yang mengambil keputusan untuk menunggu supaya mendapat ganjaran seterusnya didapati menjalani kehidupan yang lebih baik sebagai orang dewasa.
Mereka didapati lebih yakin diri, lebih berjaya mengawal diri dan emosi ketika melalui episod kesedihan dan kekecewaan, lebih berjaya dari segi pencapaian akademik, lebih sihat tubuh badan dan lebih berjaya merancang kehidupan mereka. Mereka juga didapati lebih banyak menggunakan bahagian otak yang menjana pemikiran iaitu prefrontal cortex.
Latih anak tanpa jemu
Latihlah anak supaya menjadikan kawalan diri sebagai satu gaya hidup. Apabila dilatih, lama kelamaan ia akan menjadi tabiat dan anak tidak akan lagi berguling-guling atau meraung inginkan sesuatu serta-merta.
Anak kecil memang sifatnya ‘impulsive’ atau belum boleh kawal diri sepenuhnya, oleh itu mereka perlu dibimbing, dilatih dan diberi peluang, bukannya dibiarkan mengikut keinginan mereka sepenuhnya tanpa batasan.
Antara latihan yang boleh dibuat dengan anak-anak:
1) Ajar anak untuk menunggu waktu makan dan elakkan beri anak kudapan antara waktu makan.
2) Banyakkan permainan dan aktiviti yang memerlukan fokus, perhatian, pendengaran dan kesabaran.
3) Ajar anak untuk menunggu jika inginkan sesuatu, contohnya sesuatu yang diingini boleh dibeli untuk Hari Jadi, Hari Raya dan hari tertentu dan bukannya setiap kali ke pusat membeli belah, walaupun anda tidak ada masalah dari segi kewangan.
4) Ajar anak untuk beratur ketika menunggu giliran dan bukannya memotong barisan – ini memerlukan anda sebagai ‘role model’.
5) Latih anak/murid untuk menunggu giliran untuk bercakap dalam kelas dan bukannya memotong percakapan orang lain.
6) Ajar anak untuk menunggu jika anda bercakap di telefon atau bercakap dengan tetamu atau rakan. Tetapi janganlah mengambil peluang untuk berlama-lama di media sosial ya.
7) Ajar anak untuk membantu anda membuat kerja-kerja di rumah dan tidak melakukan tugasan untuk anak.
8) Bacakan buku dan berita yang menceritakan tentang sifat sabar dan kawalan diri.
9) Ajar anak untuk meluahkan emosi dengan perkataan dan bukannya dengan mengamuk.
10) Puji setiap usaha anak untuk mencapai sesuatu matlamat, walaupun usaha itu kecil.
11) Ajar anak melihat jam untuk melatih anak menunggu untuk waktu yang ditetapkan.
12) Jadi ‘role model’ kawalan diri dan kepuasan tertunggak yang terbaik untuk anak.
Children See Children Do.
Mungkin anda boleh mencuba ‘marshmallow’, oreo atau M&M test dengan anak anda?
Hadiah ulang tahun kelahiran walid Ainul ke-25 tahun, bukanlah barangan berjenama mahal tapi cukuplah melihat perkembangan Ainul yang dari sehari ke sehari sangat pandai dan bijak untuk belajar.
Terbaru dalam perkongsian walid Ainul, Ahmad Safiuddin ada memaparkan keletah Ainul yang sudah pandai memapah dan belajar untuk berjalan.
Dalam rasa terharu itu terselit perasaan syukur yang tak terhingga pada Allah SWT kerana siapa sangka Ainul hari ini cukup berbeza sekali berbanding di awal kelahirannya dulu.
Dalam video yang berdurasi selama 1:30 saat itu menunjukkan kesungguhan Ainul untuk bangun, memapah dan belajar.
Gelagat Ainul yang bersungguh-sungguh dan tak berputus asa itu cukup menghiburkan. Jelas terpancar perasaan puas hati di wajah Ainul apabila berjaya bangun dan berdiri serta memapah untuk melangkah dari satu tempat ke satu tempat.
Semua yang menonton video yang dimuat naik oleh walid Ainul ini pun rasa terharu dengan pencapaian Ainul hari ini.
Tak sangka Ainul boleh sampai tahap ni
Hebatnya aura Ainul menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa
Hampir menginjak usia dua tahun ini, nampaknya perkembangan Ainul makin laju. Walaupun delay setahun kerana kekangan keadaan kesihatannya, Ainul dah mula dapat rentak untuk mengejar semula fasa perkembangannya yang tertangguh sebelum ini.
Sebelum ini dia dah boleh memanggil ‘mama’ dan itulah perkataan pertama keluar selepas setahun membuang ketumbuhan dalam mulutnya.
Kiranya berbaloi usaha walid dan mamanya yang bersungguh-sungguh untuk membantu Ainul membesar dengan baik selain usaha beberapa pihak yang sentiasa memantau perkembangan buah hati rakyat Malaysia ini.
Harapnya dengan kelahiran adik Ainul yang dijangka dalam masa terdekat ini menguatkan lagi semangat Ainul untuk jadi lebih pandai dan menjadi seorang kakak yang hebat.
Sumber: FB & IG Ahmad Safiuddin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau pun sudah berpisah, penyanyi dan pelakon Fiza Halim mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami demi menjaga anak-anak.
Ferra Aryanna, 10, dan Feeya Adyrra berusia sembilan tahun tahun adalah anak daripada perkahwinan pertama Fiza dengan bekas suaminya, Ahmed Farriq yang berpisah pada 2010. Fiza telah memuatnaik foto bekas suami yang bersama isteri dan anak-anaknya yang melawati Fiza dan bayi. Dia juga berharap hubungan baik ini dapat dikekalkan sehingga ke akhir hayat.
fizaabdhalimTq to Ummi ame,daddy ayed,kak ferra,kak feeya,kak icha,abg ayden & kak yati… krn dtg melawat baby kat rumah… seronok td rasa.. meriah rumah…Nnt senang2 dtg lg tau…
Tq Allah for this lovely relationship…hope berpanjangan sehingga ke akhir hayat kami semua…Biarlah kami kekal bahagia sebegini demi menjaga anak2 syurga kami…Biarlah hubungan baik kami ni kekal sampai ke syurga Mu Ya Allah…Love all…
Posting Fiza yang baru bersalin anak ketiganya pada 24 September lalu ini mendapat reaksi postif daripada follower yang gembira melihat kebahagian keluarga ini.
Fiza juga turut memuatnaik foto bayinya yang belum pernah didedahkan. Ia merupakan repost daripada isteri bekas suaminya yang turut memaparkan nama bayi iaitu Aleena.